Friday, March 04, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 1432H

Tarikh 23 Rabiul Awal 1432 H bersamaan 26 Mac 2011 menjadi sejarah apabila buat julung -julung kalinya Surau Al Mustaqim Taman Jawi Indah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul. Perarakan yang dibuat di dalam Taman Jawi Indah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari penduduk.

Perarakan ini disertai juga lebih 100 kuntum - kuntum iman yang terdiri daripada anak-anak penduduk Taman Jawi Indah. Perarakan yang diserta juga golongan bapa dan kaum ibu menjadikan jumlah peserta perarakan mencecah 250 orang. 

Sunday, February 20, 2011

Aturcara Penuh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Aturcara Penuh Program Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Anjuran Surau Al - Mustaqim Taman Jawi Indah pada 26 Februari 2011:

8.15 pagi - 9.15 pagi Perarakan bermula di Surau Al - Mustaqim

9.15 pagi - 10.00 pagi Rehat

10.00 pagi - 11.30 pagi Majlis Marhaban

11.30 pagi - 11.40 pagi - Majlis Penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul

11.40 pagi - 12.45 tengah hari Ceramah Ustaz Wan Nizam Bin Abdullah Sabil ' Muhammad SAW Teladan Releven Sepanjang Zaman'

12.45 tengah hari - Jamuan Makan

1.30 petang - Solat Zohor

2.30 petang - Majlis Tamat

Seluruh Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Batu Feringghi


Apabila teringin bersantai di tepi pantai, Batu Feringghi merupakan destinasi pilihan kami sekeluarga. Mungkin disebabkan jaraknya yang dekat dan keindahan pantainya membuatkan kami tidak jemu – jemu menghabiskan masa terluang di pantai batu Feringghi.


Untuk sekalian kalinya, aku dan Isteri Tercinta membawa Hanisah dan Hakim untuk mandi manda selain bermain pasir di sana. Sebelum terus ke pantai, aku mengalas perut dengan sedikit juadah di gerai makanan berdekatan.


Isteri Tercinta seperti selalunya, menikmati Laksa Penang dan Hanisah serta Hakim hanya meminta air minuman.


“Tak sabaq nak mandi ayaq laut”


Itulah jawapan mereka berdua apabila ditanya menu makanan yang hendak dipesan. Selesai menikmati juadah, kami turun ke pantai, bermain pasir dan mandi laut. Selepas merah biji mata dan letih melawan ombak kami berangkat pulang.


“Esok kita mai sini lagi ya Abah” kata Hakim.

“Kita dah mai hari ni. Lain-lain kali kita mai lagi” jawapku ringkas.

Related Posts with Thumbnails