Thursday, September 30, 2010

Salah orang

Pada tahun 2002, sekitar pukul 2 petang, aku menunggang motorsikal ke rumah kakakku di Sungai Bakap. Perjalanan ke rumahnya akan melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan sekatan pemeriksaan polis sering di buat di situ . Kerjayaku sebagai ‘pemetik anggur’ sepenuh masa pada ketika itu sememangnya tidak membataskan pergerakkan dan perjalanan.

Dari jauh telahpun kelihatan beberapa orang anggota Polis sedang mengadakan sekatan. Memikirkan keadaan motosikal yang standard, lesen memandu dan cukai jalan baharu diperbaharui, aku berhenti di hadapan anggota-anggota Polis dengan senyuman.

Anggota Polis: Mintak IC Encik?

Aku: IC? (aku mengeluarkan kad pengenalan dan menghulurkannya kepada anggota Polis berkenaan).

Anggota Polis: Encik tolak motor masuk ke dalam balai.

Tuesday, September 28, 2010

BMX Nuar Jepun

Berulang alik ke sekolah rendah dengan membonceng basikal tua yang dibawa oleh abah memang menyeronokkan. Tambahan pula diusia 7 tahun aku tidak dibenarkan menunggang basikal chopperku sejauh itu.

Memang menjadi kelaziman, aku akan dihantar ke sekolah oleh abah memandangkan sekolah terletak di jalan yang akan dilaluinya untuk ke tempat kerja. Sewaktu pulang dari sekolah, sekali lagi aku akan membonceng basikal tua kerana abah akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

Seperti hari-hari biasa, dalam perjalanan pulang aku melihat ramai rakan-rakan berjalan kaki dan menaiki basikal. Jarang –jarang sekali barulah nampak kelibat motorsikal mahupun motokar, suatu pemandangan yang biasa bagi kehidupan di kampung.

Monday, September 27, 2010

Paling Jauh

Suka aku memetik kata-kata Imam Al l Ghazali, “Apakah benda yang paling jauh?”. Jawapan Imam Al – Ghazali “Masa yang lepas”. Menurut beliau masa yang lepas tidak boleh dikembalikan. Untuk kita kembali ke masa lepas adalah sesuatu yang mustahil.

Hati ini mula berdetik dengan soalan ‘Destinasi manakah yang paling jauh?’.

Adakah bulan destinasi kita yang terjauh memandangkan sudah ada manusia yang menjejaki kaki di bulan pada tahun 1969? Ataupun Sidratul Muntaha destinasi terjauh bagi manusia kerana Nabi Muhammad SAW telahpun sampai di sana.

Sunday, September 26, 2010

Was Was

Suara –suara dikalangan Form 2 mula kedengaran apabila keengganan kami menyambung ‘kontrak sosial’ mendatangkan kemarahan pelajar senior. Bukan sahaja kami terpaksa menerima hukuman malahan kami juga dipaksa juga melakukan semua kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh pelajar-pelajar junior.

Ada yang berpendapat lebih baik ‘kontrak sosial’ disambung semula daripada terpaksa berdepan dengan hukuman pelajar senior kemudian dipaksa kerja-kerja yang terkandung dalam ‘kontrak sosial’. Suara – suara ini perlu didengar dan dipujuk. ‘Kontrak sosial’ tidak akan disambung. Ini merupakan keputusan sebulat suara oleh seluruh Form 2. Kaedah lain perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini sama ada secara berdepan mahupun secara tersembunyi.

Syukur # 3

Aku bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan Islam sebagai agamaku. Agama yang lengkap lagi sempurna, universal dan sesuai sepanjang zaman. Agama yang mengatur tatacara kehidupan manusia semenjak seseorang manusia belum dilahirkan (berkaitan pemilihan suami dan isteri yang baik sebelum mereka bergelar ibu bapa), manusia dikandung, dilahirkan, dibesarkan, mati dan sehinggalah ke alam barzarkh (berkaitan amalan yang boleh dilakukan oleh anak / waris kepada manusia yang meninggal).

Aku amat bersyukur kerana Allah SWT menjadikan Islam agamaku, agama yang sesuai dengan fitrah manusia.

Panggilan Dari Arwah

Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan aku memilih untuk belajar subjek komputer di Parit Buntar. Ada sahabat – sahabat yang yang belajar bahasa Inggeris di British Council di bahagian pulau Pulau Pinang dan ada juga yang bekerja di kilang-kilang dan pasaraya – pasaraya.

Rutin harianku selepas SPM, menaiki basikal ke Pekan Nibong Tebal kemudian menaiki bas ke Parit Buntar. Nasib baik pusat komputer terletak betul-betul di hadapan terminal bas tidaklah jauh sangat untuk kaki menapak.

Saturday, September 25, 2010

Tiada Hantu

Selama 5 tahun menghuni asrama sekolah tidak pernah sekalipun aku dan para sahabat setingkatan mengalami atau melihat hantu. Memandangkan kawasan sekolah amat luas dan sekolah tersebut telah lama dibina pada tahun 1974, pelbagai cerita hantu yang kami dengar dari pelajar-pelajar senior, bekas-bekas pelajar (alumni), pengawal-pengawal keselamatan, para warden, guru dan Tuan –Tuan Ustaz.

Apokalips

Perasaanku berbelah bahagi sepanjang minggu ni. Kalau bukan disebabkan cuti rehat dah hampir ‘pupus’ tentunya aku bercuti sepanjang minggu. Malas benar rasanya kaki hendak melangkah masuk ke pejabat. Ditambah pula beberapa hari yang paginya hujan seolah-olah memujuk aku agar tidak pergi bekerja.

Thursday, September 23, 2010

Kamera Saudagar Kain

Shah Saudagar Kain, rakan setugas dan sahabat baik menyatakan hasratnya hendak membeli kamera digital. Setelah berbincang dan melayari internet, Shah telah menetapkan kriteria – kriteria kamera digital yang akan dibelinya. Pada hujung minggu ini, Shah akan membeli kamera digital.

Pada hari Isnin hari pertama di pejabat, aku mencari Shah untuk melihat kamera digitalnya yang baru dibeli. Shah Saudagar Kain mempamerkan kamera digital baru miliknya. Aku bertanya sebab utama dia memilih kamera digital itu maklumlah harganya hampir mencecah RM 4 Ribu.

Lesen Besar

Seperti yang dipersetujui bersama, semua pelajar Form 2 tidak akan menyambung ‘kontrak sosial’. Apabila pelajar –pelajar senior mengarahkan kami untuk melakukan sebarang kerja, maka kami akan menuding jari kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Akibatnya seperti yang dijangkakan, ramai di antara kami yang terpaksa menerima hukuman.



Aku sendiri pernah dilayangkan penumbuk sulong di bahagian perut kerana mempertikaikan arahan seorang pelajar senior. Perit dan sakitnya, Allah SWT sahajalah yang tahu. Dalam keadaan sakit tersebut keluar kalam yang aku tunggu-tunggu selama ini dari mulut pelajar senior bekenaan.

Wednesday, September 22, 2010

Saf Ke Syurga

Tidak dapat dipastikan perasaan orang lain tetapi bagi aku, pengetahuan tentang ilmu agama sudah mencukupi sehinggalah aku mengikuti kuliah – kuliah maghrib di surau. Barulah kutahu banyak lagi ilmu agama yang tidak diketahui. Makin mengikuti kuliah makin terasa betapa ceteknya ilmu agamaku berbanding ilmu agama yang sepatutnya diketahui sebagai seorang Muslim. Patutlah dikatakan oleh ulama-ulama terdahulu, ilmu orang awam hanya sekadar di persisiran pantai sedangkan ilmu para nabi seperti di lautan dalam.

Tak pernah aku ketahui bahawa manusia akan berbaris seperti saf-saf ketika solat untuk memasuki syurga. Sangkaanku manusia akan berbaris panjang seperti orang-orang yang menunggu bas atau sewaktu menunggu giliran untuk mengambil nasi di restoran nasi kandar.

Yang Mula -Mula

Aku menjejaki semula surau pada 13 Syawal 1431 untuk mengikuti kuliah Maghrib. Tuan Ustaz yang dihormati dengan bacaan hadis dan penerangan tentang manusia – manusia pertama yang masuk ke neraka. Yang mula – mula memasuki neraka adalah pemimpin yang zalim, orang yang tidak mengeluarkan zakat dan orang fakir yang sombong.

Monday, September 20, 2010

CD Blank

Ketika berada di tahun ketiga pengajian di IPTA seorang sahabatku, CD menjemput aku dan sahabat – sahabat menghadiri majlis perkahwinannya di Bachok, Kelantan. Bakal isteri CD ini bukan sahaja merupakan seorang mahasiswi di IPTA yang sama dengannya malahan tinggal sekampung. Nama pasangannya bermula dengan Siti, maka CD dipanggil CDCT sementara pasangannya CTCD.


Setelah berbincang dengan sahabat-sahabat yang ingin menghadiri majlis perkahwinan CDCT, kami bersetuju untuk pergi dengan menaiki van sewa. Perjalanan dari Skudai, Johor ke Bachok, Kelantan terasa singkat kerana diwarnai pelbagai cerita dan celoteh bak kata orang ‘Banyak Orang Banyak Ragam’.

Sunday, September 19, 2010

Penang Bird Park

Depan Pintu Masuk
 
Statue?
Pada hari kelepasan umum sempena Hari Pembentukan Malaysia yang lepas, aku dan isteri tercinta membawa anak – anak kesayangan ke Taman Burung Pulau Pinang. Memang lama kami memasang niat untuk ke sana tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kesuntukkan masa, cuaca dan sebagainya

Friday, September 17, 2010

Menconteng Arang


Kisah ini terjadi ketika anakku Hakim berumur 1 tahun. Berbeza dengan kakaknya Hanisah, dia telah boleh berjalan ketika berumur 9 bulan. Sedangkan Hanisah mula berjalan ketika berumur 1 tahun 1 bulan.

Sudah menjadi kebiasaan pada hari cuti, aku dan isteri tercinta akan membawa anak-anak kami ke taman permainan. Di taman permainan, anak-anakku bebas berlari, memanjat, bermain sepuas hati berbeza dengan keadaan di rumah yang agak sempit serta menghadkan pergerakkan mereka. Aktiviti ini dapat merangsang fizikal tubuh dan minda anak-anak. Sekaligus mengwujudkan masa berkualiti seisi keluarga. Semestinya ibu bapa akan turut gembira melihat tingkah laku anak – anak ketika berada di taman permainan.

Tahun Langkau

Semasa berada di tingkatan 3, seorang guru merangkap warden sekolah meluahkan kemarahannya kepada seluruh pelajar tingkatan 3. Menurut guru tersebut, kamilah batch yang paling teruk dalam sejarah, sepanjang perkhidmatannya selama 14 tahun di sekolah ini. Atau dalam ayatnya sendiri ‘

“Kamulah batch yang paling teruk pernah saya jumpa dalam tempoh 14 tahun saya berkhidmat di sekolah ini,”.

Wednesday, September 15, 2010

'Kontrak Sosial' Anak Tiri


Sistem adik angkat dan abang angkat / kakak angkat memang telah diamalkan disekolahku. Pentadbiran sekolah telah mengaturkan setiap pelajar lelaki tingkatan 1 akan memperolehi seorang abang angkat dari kalangan pelajar tingkatan 4 sementara pelajar perempuan mendapat kakak angkat. Abang angkat / kakak angkat akan membantu pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dengan suasana, persekitaran dan peraturan sekolah berasrama. Seterusnya melatih adik-adik angkat untuk berdikari.

Sistem ini merupakan serampang 3 mata yang boleh membantu pelajar baru menyesuaikan diri, menerap perasaan hormat disamping mengurangkan kejadian ‘ragging’ oleh pelajar senior.

Namun sistem ini tidak dilaksanakan untuk batch aku dan para sahabat. Alasan yang diberikan terdapat masalah teknikal dan kelewatan untuk melaksanakan sistem adik angkat / abang angkat / kakak angkat. Berbeza dengan pelajar-pelajar ditingkatan 2, mereka telah diberi abang angkat / kakak angkat sewaktu di tingkatan 1. Abang angkat dan kakak angkat mereka kini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang sedang memegang tampuk kekuasaan sekolah.

Otak-otak



Aku melanjutkan pelajaranku di sebuah IPTA di Johor Bahru. Disertai dengan lebih kurang 12 orang sahabatku dari sekolah menengah. Masing-masing memilih jurusan mengikut minat dan kelulusan.

Ramai juga dari kalangan sahabatku yang lain melanjutkkan pelajar di IPTA-IPTA di seluruh negara bahkan ada yang sampai keluar negara. Seorang sahabat yang menuntut di IPTA di kawasan sekitar Kuala Lumpur datang melawatku.

Monday, September 13, 2010

Cari Nama


Ketika isteri tercinta sarat mengandung anak pertama, kami telah bersetuju tentang kaedah penamaan anak-anak. Anak lelaki namanya didahului dengan nama Muhammad sempena nama Rasullullah SAW dan jika anak perempuan dimulai dengan nama Nur, yang bererti cahaya.

Nama kedua, ketiga pula sempena namaku dan isteri tercinta.Nama isteri tercinta bermula huruf ‘R’ dan nama keduaku bermula huruf ‘H’. Dengan itu, nama kedua anak lelaki akan dimulai huruf ‘R’ barulah diikuti dengan nama ketiga bermula huruf ‘H”. Simbolik ketaatan anak lelaki kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Sementara nama kedua anak perempuan bermula huruf ‘H’ menandakan ketaatan si isteri kepada suaminya selepas berumahtangga.

Red Queen


Ramai dikalangan kaum kerabat, sahabat handai, jiran-jiran dan masyarakat umum amat suka serta berminat menjadi hakim. Jika diperhatikan, mereka amat suka membuat keputusan, menghukum seseorang hanya berdasarkan cerita / maklumat yang diberikan oleh sebelah pihak sahaja.

6 X No. 5

No. 5 yang pertama merupakan kebiasaan masyarakat umum.

No. 5 yang kedua menunjukkan bilangan ahli keluarga pihak lelaki.

No. 5 yang ketiga menunjukkan bilangan ahli keluarga pihak perempuan.

No. 5 yang keempat menunjukkan anak lelaki dimaksud merupakan ahli keluarganya ke lima.

No. 5 yang kelima menunjukkan anak perempuan dimaksud merupakan ahli keluarganya ke lima.

No. 5 yang terakhir merupakan penutup kata.

Kupang & Duit

Sama Nama Beza Rupa

Sukar untuk melelapkan mata walau malam telahpun larut. Melihat wajah isteri tercinta menginggatkan kembali peristiwa yang berlaku selepas waktu Asar pada hari Rabu, 2 Jun 2004.

Bersama kedua-dua orang kakakku, abang-abang ipar, emak-emak saudara. Sepupu sepapat, jiran-jiran dan rakan taulan kami ke sebuah surau bagi menepati janji yang telah dibuat. Setibanya di sana terdapat sekumpulan manusia sedang menunggu kedatangan kami.

Sunday, September 12, 2010

Kemetod???


Puas aku mendengar khutbah Aidilfitri 1431H tadi. Isinya memberi penekanan kepada tanggungjawab ahli qaryah dan masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

Di bulan Ramadhan ramai yang datang ke masjid pada malam hari untuk bersolat terawih dalam keadaannya siang berlapar, letih dan dahaga. Selepas Ramadhan tentunya lebih mudah untuk mengimarahkan masjid kerana kita tidak lagi berpuasa. Tapi malangnya selepas Ramadhan makin ramai ahli qaryah yang culas dan menjauhkan diri dari masjid. Menimbulkan tanda tanya sama ada kita Hamba Ramadhan atau kita ini Hamba Allah.
.

Thursday, September 09, 2010

Pengikat Kasih


Kaget juga apabila kaki ini melangkah masuk ke wad bersalin. Menemani isteri tercinta yang sarat mengandung anak pertama. Di saat melahirkan anak kami, aku meminta isteri tercinta banyakkan berzikir mengingati Allah dan bertawakal kepada Nya.

Sebaik sahaja anakku selamat dilahirkan, jururawat memotong tali pusat. Kemudian memegang kaki anakku dan mengangkatnya dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah (keadaan songsang) sambil menunjukkan kepada kami yang bayi tadi adalah bayi perempuan.

Zakat Fitrah


Alhamdulillah aku berjaya menunaikan tanggungjawapku sebelum waktu zohor tadi. Selalunya awal-awal Ramadhan lagi aku akan membayar zakat fitrah ni. Tetapi tahun ni agak terlewat, sehingga hari ke 30 Ramadhan baru aku berkesempatan membayar zakat fitrah untuk aku dan tanggungan.

Tahun ni Majlis Agama Islam Pulau Pinang meletakkan kadar zakat fitrah RM 7.00 seorang. Semoga wang zakat yang dikumpul digunakan mengikut syarak dan diagih kepada mereka yang berhak menerimanya. Amin.

Wednesday, September 08, 2010

Berkat Penampar Malam Pertama

Apeng (Berdiri No. 2 Dari sebelah Kanan)

Sewaktu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah menengah, aku berasa gayat dan sesak nafas. Aku terpaksa mengaturkan segalanya seawal usia 13 tahun. Terpaksa berdikari menguruskan diri, belajar dan menyesuaikan diri dalam kehidupan sekolah asrama. Pada hari pertama, aku dan para sahabat dikenalkan kepada semua pengawas, dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani minggu orientasi.

Ketika waktu makan malam, selepas habis kami makan, seorang pelajar tingkatan 4 telah meminta tolong sahabat baikku, Apeng (gelaran ni diberikan oleh Guru Sejarah kerana menurutnya sahabatku ini ada iras – iras Chin Peng; pemimpin Parti Komunis Malaya). Maka dijawapnya, “Pi la ambik sendiri”. Jawapan yang sangat jujur dan berterus terang. Sekiranya jawapan ini diberikan di sekolah biasa tentu tidak menjadi masalah, tetapi tidak kepada sekolah asrama yang memang terkenal dengan sistem senioritinya.

Siapa Namanya?

Sewaktu bersekolah menengah di sekolah asrama penuh di Bukit Mertajam, telah menjadi budaya bagi batch aku untuk menggunakan nama bapa sebagai rujukan dan gelaran. Pelajar yang mempunyai nama bapa yang sama akan dikenali dengan keluarga sebagai contoh sekumpulan pelajar yang nama bapa mereka Ahmad akan dikenali sebagai Keluarga Pak Mat.

Maka banyaklah keluarga di dalam batch aku seperti Keluarga Pak Mat, Keluarga Pak Mid, Keluarga Pak Chop dan Keluarga Pak Mail.

Daripada nama keluarga ini terbitlah pula pelbagai gelaran khusus untuk Individu tertentu seperti

Tuesday, September 07, 2010

Syukur # 2


Aku bersyukur kerana Allah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku. Walaupun sewaktu kecil aku terpesona dengan cerita keangungan kerajaan Nabi Sulaiman AS, keperwiraan Nabi Daud AS dan keberanian Nabi Musa AS ternyata Nabiku ini memiliki keistimewaan seperti nabi-nabi tadi malah lebih hebat dan lebih utama lagi.

Aku bersyukur kerana Allah menjadikan hidup dan akhlak Nabi Muhammad SAW sesuatu yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja kerana baginda merupakan seorang anak, suami, bapa, datuk, peniaga, pengembala kambing, guru, pendakwah, panglima perang, pahlawan, ketua negara dan pelbagai lagi.

Teka Teki

Sewaktu dalam perjalanan pulang selepas berbuka puasa di rumah mertua, isteri tercinta memberi teka teki kepada aku dan kedua-dua anakku. Teka teki nya berbunyi,

“ Naik Bukit Turun Bukit, Naik Bukit Turun Bukit,
Ada Garis Ada Titik, Ada Garis Tiada Titik, Ada Kolam Tiada Itik”

Pelbagai jawapan diberikan tetapi semuanya tidak tepat dan akhirnya kami menyerah kalah dan meminta jawapan teka teki tersebut.

Cita-Cita


Aku tersenyum bila mana anak perempuanku, Nur Hanisah Radhiah memberitahu bahawa cita-citanya untuk menjadi angkasawan, tukang jahit dan jurulatih renang. Petah benar kata-katanya meskipun umur baru 5 tahun.

Sementara adiknya, Muhammad Razin Hakim berusia hampir 4 tahun memilih untuk menjadi angkasawan, pemain bola sepak, jurulatih renang dan Taiping. Taiping yang dimaksudkan adalah bekerja di zoo seperti cerita ‘Zoo’ lakonan Mazlan Pet Pet.

Teringat kembali nostalgia di sekolah rendah. Sudah menjadi kebiasan para guru kelas akan meminta setiap muridnya untuk menulis 3 cita-cita/ kerjaya yang akan direkodkan ke dalam buku rekod pelajar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...

Begitu sibuk aku menghadapi bulan Ramadhan hingga tidak kesampaian niat untuk mengemaskini blog ini. Apapun sepuluh jari disusun memohon keampunan dan kemaafan kepada semua, di atas setiap kesalahan empunya diri sama ada kesalahan dilakukan secara sengaja atau tidak, tersembunyi atau nyata, kecil atau besar, zahir mahupun batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...
Related Posts with Thumbnails