Tuesday, September 07, 2010

Teka Teki

Sewaktu dalam perjalanan pulang selepas berbuka puasa di rumah mertua, isteri tercinta memberi teka teki kepada aku dan kedua-dua anakku. Teka teki nya berbunyi,

“ Naik Bukit Turun Bukit, Naik Bukit Turun Bukit,
Ada Garis Ada Titik, Ada Garis Tiada Titik, Ada Kolam Tiada Itik”

Pelbagai jawapan diberikan tetapi semuanya tidak tepat dan akhirnya kami menyerah kalah dan meminta jawapan teka teki tersebut.

Cita-Cita


Aku tersenyum bila mana anak perempuanku, Nur Hanisah Radhiah memberitahu bahawa cita-citanya untuk menjadi angkasawan, tukang jahit dan jurulatih renang. Petah benar kata-katanya meskipun umur baru 5 tahun.

Sementara adiknya, Muhammad Razin Hakim berusia hampir 4 tahun memilih untuk menjadi angkasawan, pemain bola sepak, jurulatih renang dan Taiping. Taiping yang dimaksudkan adalah bekerja di zoo seperti cerita ‘Zoo’ lakonan Mazlan Pet Pet.

Teringat kembali nostalgia di sekolah rendah. Sudah menjadi kebiasan para guru kelas akan meminta setiap muridnya untuk menulis 3 cita-cita/ kerjaya yang akan direkodkan ke dalam buku rekod pelajar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin...

Begitu sibuk aku menghadapi bulan Ramadhan hingga tidak kesampaian niat untuk mengemaskini blog ini. Apapun sepuluh jari disusun memohon keampunan dan kemaafan kepada semua, di atas setiap kesalahan empunya diri sama ada kesalahan dilakukan secara sengaja atau tidak, tersembunyi atau nyata, kecil atau besar, zahir mahupun batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...
Related Posts with Thumbnails