Puas aku mendengar khutbah Aidilfitri 1431H tadi. Isinya memberi penekanan kepada tanggungjawab ahli qaryah dan masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.
Di bulan Ramadhan ramai yang datang ke masjid pada malam hari untuk bersolat terawih dalam keadaannya siang berlapar, letih dan dahaga. Selepas Ramadhan tentunya lebih mudah untuk mengimarahkan masjid kerana kita tidak lagi berpuasa. Tapi malangnya selepas Ramadhan makin ramai ahli qaryah yang culas dan menjauhkan diri dari masjid. Menimbulkan tanda tanya sama ada kita Hamba Ramadhan atau kita ini Hamba Allah..