Kaget juga apabila kaki ini melangkah masuk ke wad bersalin. Menemani isteri tercinta yang sarat mengandung anak pertama. Di saat melahirkan anak kami, aku meminta isteri tercinta banyakkan berzikir mengingati Allah dan bertawakal kepada Nya.
Sebaik sahaja anakku selamat dilahirkan, jururawat memotong tali pusat. Kemudian memegang kaki anakku dan mengangkatnya dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah (keadaan songsang) sambil menunjukkan kepada kami yang bayi tadi adalah bayi perempuan.
Tergamam aku melihat situasi tersebut tambahan pula baru sahaja menyaksikan proses kelahiran. Baru kutahu bahawa bayi yang baru dilahirkan berwarna agak kehijauan. Aku terasa amat janggal dan tidak pernah membayangkan sedemikian. Kecut perutku dan rasa bagai hendak pitam berhadapan dengan suasana ini.
Dalam keadaan kelam kabut pemikiranku tadi, juru rawat membalut anakku dengan kain lampin dan menyerahkannya kepada isteri tercinta. Aku diarahkan untuk azan ke telinga bayi, dengan perasan bercampur –campur (nak pitam, tergamam, kecut perut) mengakibatkan bacaan azanku jadi lintang pukang. Jururawat tersenyum dan memaklumkan bahawa aku boleh azan dan qamat semula sebentar nanti.
Aku diminta menunggu dil luar wad bersalin sementara anakku dibersih dan isteriku dirawat. Keadaanku kembali tenang dan denyutan jantung kembali normal buat seketika. Tiba – tiba jantungku berdebar semula apabila menginggatkan bahawa aku telah memilih nama Muhammad Razin Hakim untuk anak sulongku sedangkan yang lahir adalah bayi perempuan.

No comments:
Post a Comment