Monday, November 08, 2010

Petrosains Dinotrek 2

Mengisi masa lapang sementara menunggu giliran membeli tiket
Hujung minggu lepas, aku dan isteri tercinta membawa Hanisah & Hakim Ke AEON Jusco Bandar Perda. Walaupun hujah lebat, kami redahi juga demi mencari pengalaman baru di Petrosains Dino Trek 2.

‘The Interactive Dinosaur Experience’

Seronok melihat telatah Hanisah dan Hakim di pusat pameran. Pelbagai aktiviti disediakan Dino Quest, Dino Dance, Dino Puzzle, Dino Dig, Dino Chase, Meat & Veggie. Ditambah pula dengan replika robotik T-Rex, Spinosaurus, Stegosaurus, Velociraptor dan Protoceratop.

Sememangnya pengalaman interaktive yang sukar dilupakan bagi Hanisah dan Hakim.

SRS KRT

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun aku menganggotai Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (SRS KRT). Dahulunya kekerapan hari bertugas mencapai sekali seminggu tetapi sekarang menjadi 2 kali sebulan. Adakalanya menjadi sekali sebulan bergantung kepada roster yang disediakan oleh AJK KRT.

SRS yang dijalankan bermula di tengah malam hingga lewat pagi telah menghentikan sebarang kes – kes pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Tetapi para penjenayah yang tidak kenal erti putus asa telah mengubah roster mereka dari melakukan aktiviti di waktu malam ke waktu siang. Sekurang – kurangnya terdapat 3 kes sepanjang 2 tahun yang dilakukan diwaktu siang. Sementara tiada kes langsung pada waktu malam membuktikan keberkesanan SRS KRT.

Friday, November 05, 2010

Mega Mind (3D)

Tak sabar - sabar ni
Mengambil peluang cuti umum pada keesokkan harinya, aku dan isteri tercinta membawa Hanisah dan Hakim menonton filem animasi terbaru ‘Mega Mind’ di Sunway Carnival, Seberang Jaya.

Ini merupakan kali kedua kami menonton filem genre 3D selepas filem animasi ‘Despicable Me’. Hanisah dan Hakim begitu teruja sekali. Dari rumah, sepanjang perjalanan hingga tiba ke Sunway Carnival tidak henti-henti mereka menanyakan tajuk filem yang akan ditonton.

Tempahan secara online telah dibuat terlebih dahulu kerana bimbang tiket wayang habis dijual. Nampaknya telahan kami benar kerana sewaktu berada di dalam panggung, semua tempat dipenuhi penonton sehingga tempat duduk dihadapan sekali turut diisi. Berbaloi juga bayaran tambahan RM 2 dikenakan berbanding pembelian secara kaunter yang terpaksa beratur panjang dan bergantung kepada kekosongan.


Related Posts with Thumbnails