Tak sabar - sabar ni |
Mengambil peluang cuti umum pada keesokkan harinya, aku dan isteri tercinta membawa Hanisah dan Hakim menonton filem animasi terbaru ‘Mega Mind’ di Sunway Carnival, Seberang Jaya.
Ini merupakan kali kedua kami menonton filem genre 3D selepas filem animasi ‘Despicable Me’. Hanisah dan Hakim begitu teruja sekali. Dari rumah, sepanjang perjalanan hingga tiba ke Sunway Carnival tidak henti-henti mereka menanyakan tajuk filem yang akan ditonton.
Tempahan secara online telah dibuat terlebih dahulu kerana bimbang tiket wayang habis dijual. Nampaknya telahan kami benar kerana sewaktu berada di dalam panggung, semua tempat dipenuhi penonton sehingga tempat duduk dihadapan sekali turut diisi. Berbaloi juga bayaran tambahan RM 2 dikenakan berbanding pembelian secara kaunter yang terpaksa beratur panjang dan bergantung kepada kekosongan.

Bergaya dengan spek mata 3 D |
Dari rumah aku dan isteri tercinta boleh memilih tempat duduk yang dikehendaki membuat pembayaran secara online dan setibanya di GSC memasuki kaunter khas untuk mengambil tiket tanpa perlu beratur.
Panggung kali ini berbeza berbanding dahulu kerana dipenuhi ramai penonton kanak – kanak. Suasana yang riang dan menyeronokkan bagi Hanisah dan Hakim kerana ramai penonton sebaya dengan mereka. Sambil menikmati popcorn mereka menonton filem hingga ke adegan terakhir.
Kalau dahulu sebelum menonton sebarang filem, aku akan melayari internet membaca review dari pengkritik filem dan sebagainya. Tetapi kini aku lebih selesa untuk pergi ke panggung tanpa mengetahui jalan cerita. Penilaian hanya dibuat setelah sesuatu filem ditonton. Seperti kata – kata Aton Ego dari filem animasi komputer Pixar ‘Ratatouille ’
“Suprise Me”

No comments:
Post a Comment