Pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun aku menganggotai Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (SRS KRT). Dahulunya kekerapan hari bertugas mencapai sekali seminggu tetapi sekarang menjadi 2 kali sebulan. Adakalanya menjadi sekali sebulan bergantung kepada roster yang disediakan oleh AJK KRT.
SRS yang dijalankan bermula di tengah malam hingga lewat pagi telah menghentikan sebarang kes – kes pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Tetapi para penjenayah yang tidak kenal erti putus asa telah mengubah roster mereka dari melakukan aktiviti di waktu malam ke waktu siang. Sekurang – kurangnya terdapat 3 kes sepanjang 2 tahun yang dilakukan diwaktu siang. Sementara tiada kes langsung pada waktu malam membuktikan keberkesanan SRS KRT.
Maka hendak dijadikan cerita, rumah yang dipecah masuk merupakan salah seorang penduduk yang tidak pernah langsung menyertai Skim Rondaan Sukarela. Marahlah beliau kepada pihak KRT dan pelbagai ucapan – ucapan kurang sopan dilemparkan. Terjadi perbualan di antara mangsa pecah rumah dengan peserta SRS.
Mangsa Pecah Rumah: Buang masa je buat SRS KRT. Tengok rumah aku kena pecah jugak.
Peserta SRS: Rumah hang kena pecah siang ka malam?
Mangsa Pecah Rumah: Siang la.
Peserta SRS: Yang hang marah sangat dengan SRS KRT ni, hang join sekali tak? Hang pernah turun berjaga malam dengan depa tak?
Mangsa Pecah Rumah: Tak pernah la sebab saya sibuk.
Peserta SRS: Orang lain sibuk juga boleh je depa join. Malam – malam depa dok berjaga dan berembun, hang baik punya dok tidoq. Selama 2 tahun hang baguih dok lena malam. Tub – tub rumah hang kena pecah waktu siang terus marah kat depa. Yang 2 tahun waktu malam rumah hang tak kena pecah, hang tak kata apa pulak nooo. Terima kasih pun ndak.
Terdiam mangsa pecah rumah apabila mendengar kata-kata peserta SRS KRT tadi. Agaknya inilah lumrah alam, manusia sering nampak keburukkan tetapi tidak pernah melihat kebaikkan orang lain.
No comments:
Post a Comment