Saturday, November 20, 2010

Qurban 1

Tuan Khatib menasihatkan seluruh jemaah mengambil contoh keperibadian dan pengorbanan 3 orang manusia yang terbilang dalam sejarah Islam. Semoga di pagi Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini, seluruh jemaah dapat berfikir dan mengambil pengiktibaran pengorbanan mereka.

Manusia pertama yang disebutnya adalah Abdul Rahman bin Auf RA. Seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang kaya lagi hartawan serta dermawan. Beliau mengorbankan harta kekayaannya bagi membantu mengembangkan syiar Islam. Seorang yang mengorbankan harta bendanya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SAW tanpa mengharapkan sumbangan balas dari manusia lain.

Berbeza dengan dermawan di zaman ini yang mengharapkan balasan bagi setiap sumbangan mereka. Alangkah baiknya jika di zaman ini terdapat ramai manusia seperti Abdul Rahman bin Auf RA.

Bukanlah dari kalangan mereka ini orang yang memberi sumbangan kerana mahukan nama, pengiktirafan dan mahukan sumbangan balas dari manusia. Bukan juga mereka yang mengeluarkan harta benda semata-mata bagi tujuan promosi perniagaan mahupun bagi mengurangkan kadar cukai pendapatan yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

Mereka yang bersifat seperti Abdul Rahman bin Auf RA begitu ikhlas mengorbankan harta benda kerana mengharapkan keredhaan Allah SAW semata-mata sehinggakan sekiranya tangan kanan yang memberi, tangan kirinya sendiri pun tidak mengetahui. Semoga lahir ramai orang –orang kaya, berharta dan dermawan dikalangan kita yang bersifat seperti Abdul Rahman bin Auf RA. Pastinya kedaifan, kemiskinan dan keperluan masyarakat yang susah, fakir serta terpinggir dapat dibantu oleh mereka ini. Waalahualam.

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Qurban 1431H


Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431 H kepada seluruh umat Islam. Semoga dihari yang mulia ini kita memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta, memperbaiki hubungan kita sesama manusia dan memperbaiki hubungan kita dengan alam.

Diharapkan kita semua semakin hampir dengan keredhaanNya dan memperolehi keampunanNya. 

Hayatilah peristiwa pengorbanan Habil dan Qabil, Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS dan Nabi Yaakub AS dan saudara kembarnya Ngisu. Semua mempunyai pengajaran yang berharga sebagai panduan kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT. waalahualam.

Wednesday, November 10, 2010

Kelebihan bulan- bulan haram

Mendengar ceramah ‘Penghayatan Ibadah Qurban’ hari Sabtu lepas menambahkan lagi pengetahuan aku tentang kelebihan bulan-bulan haram.

Terdapat 4 bulan haram iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Di dalam bulan – bulan ini terdapat beberapa kelebihan bagi mereka yang sentiasa ingin menambah bekalan akhirat.


Related Posts with Thumbnails