Terdapat 4 bulan haram iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Di dalam bulan – bulan ini terdapat beberapa kelebihan bagi mereka yang sentiasa ingin menambah bekalan akhirat.
Menurut Tuan Ustaz, sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu berturut – turut pada bulan haram, pahalanya bersamaan beribadat selama 900 tahun. Tuan Ustaz berpesan bahawa jika dibandingkan dengan Malam Lailatul Qadar pahala amalan hanya bersamaan 83 tahun lebih. Tetapi pahala puasa bagi 3 hari berturut – turut dibulan haram bersamaan 900 tahun.
Selain dari itu Tuan Ustaz juga berpesan agar selalulah berpuasa pada hari – hari putih (Hari – hari bulan penuh). Hari – hari putih adalah 13, 14 dan 15 haribulan bulan-bulan islam.
Antara kelebihannya, sesiapa yang berpuasa pada hari – hari putih kemudian berzikir dengan salah satu dari 99 nama Allah: Al – Majid sebanyak banyaknya jika dia menghidap penyakit sopak, kusta atau penyakit jantung nescaya Allah akan menyembuhkannya.
Bersama-sama kita mengamalkannya. Waallahualam.
No comments:
Post a Comment