Tuan Khatib menasihatkan seluruh jemaah mengambil contoh keperibadian dan pengorbanan 3 orang manusia yang terbilang dalam sejarah Islam. Semoga di pagi Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini, seluruh jemaah dapat berfikir dan mengambil pengiktibaran pengorbanan mereka.
Manusia pertama yang disebutnya adalah Abdul Rahman bin Auf RA. Seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang kaya lagi hartawan serta dermawan. Beliau mengorbankan harta kekayaannya bagi membantu mengembangkan syiar Islam. Seorang yang mengorbankan harta bendanya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SAW tanpa mengharapkan sumbangan balas dari manusia lain.
Berbeza dengan dermawan di zaman ini yang mengharapkan balasan bagi setiap sumbangan mereka. Alangkah baiknya jika di zaman ini terdapat ramai manusia seperti Abdul Rahman bin Auf RA.
Bukanlah dari kalangan mereka ini orang yang memberi sumbangan kerana mahukan nama, pengiktirafan dan mahukan sumbangan balas dari manusia. Bukan juga mereka yang mengeluarkan harta benda semata-mata bagi tujuan promosi perniagaan mahupun bagi mengurangkan kadar cukai pendapatan yang dikenakan oleh pihak kerajaan.
Mereka yang bersifat seperti Abdul Rahman bin Auf RA begitu ikhlas mengorbankan harta benda kerana mengharapkan keredhaan Allah SAW semata-mata sehinggakan sekiranya tangan kanan yang memberi, tangan kirinya sendiri pun tidak mengetahui. Semoga lahir ramai orang –orang kaya, berharta dan dermawan dikalangan kita yang bersifat seperti Abdul Rahman bin Auf RA. Pastinya kedaifan, kemiskinan dan keperluan masyarakat yang susah, fakir serta terpinggir dapat dibantu oleh mereka ini. Waalahualam.
No comments:
Post a Comment