Saturday, August 07, 2010

Syukur # 1

Sekiranya semua pokok – pokok di atas muka bumi dijadikan pena dan kesemua air lautan dijadikan dakwat nescaya masih belum dapat kita menulis semua nikmat Allah yang patut kita bersyukur di atasnya.

Seharusnya kita perlu banyak bersyukur ke atas setiap nikmat kurniaanNya yang terlalu banyak, terlalu luas dan terlalu halus untuk kita.

Wednesday, August 04, 2010

24:00:00

Dalam sehari semalam kita diberikan 24 jam bersamaan 1,440 minit bersamaan 86,400 saat. Sekiranya kita mengambil unit Saat sebagai ukuran, sekurang-kurangnya 86,400 kali Allah SWT mengawasi dan mengingati, melimpahi rahmatNya dan memenuhi keperluan kita.

Persoalan yang utama, berapa kalikah pula kita sebagai hamba yang amat memerlukan perhatian Penciptanya, mengingati dan bersyukur kepadaNya?

Orang Pertama Yang Akan Ku Umpat Adalah Ibuku

Kata Imam Al – Ghazali, “Sekiranya seorang Muslim dibenarkan mengumpat, manusia pertama yang akan kuumpat adalah ibuku”

Tersurat :
Seseorang Muslim tidak dibenarkan mengumpat sesama Muslim.

Mengumpat seseorang yang banyak berjasa dan berkedudukan tinggi seperti ibu amatlah dilarang dan ditegah.

Islam amat melarang perbuatan mengumpat dan disifatkan sebagai pisau cukur ibadah. Ini disebabkan mengumpat boleh menghakis segala pahala kebaikan. Pahala tersebut diberikan kepada orang yang kita umpat.

Tersirat:

Bukanlah Imam Al Ghazali membenci ibunya bahkan sebaliknya. Imam Al – Ghazali amat menyayangi ibunya dan perbuatan mengumpat itu ingin dibuat agar pahala kebaikan akan diberikan kepada ibu beliau.
Related Posts with Thumbnails