Sekiranya semua pokok – pokok di atas muka bumi dijadikan pena dan kesemua air lautan dijadikan dakwat nescaya masih belum dapat kita menulis semua nikmat Allah yang patut kita bersyukur di atasnya.
Seharusnya kita perlu banyak bersyukur ke atas setiap nikmat kurniaanNya yang terlalu banyak, terlalu luas dan terlalu halus untuk kita.
Aku bersyukur kerana Allah adalah Tuhanku dan semoga Dia menjadikanku hambaNya yang memperolehi keampunanNya dan keredhaanNya.
Aku bersyukur kerana Tuhanku Maha Sempurna, Maha Misteri yang mentadbir alam ini secara Esa dan tidak memerlukan sebarang bantuan.
Aku bersyukur kerana Tuhanku bebas dari sebarang sifat makhluknya seperti melahirkan, dilahirkan, makan, minum, tertidur dan sifat paling tidak dapat diterima akalku bahawa ada ketikanya Tuhan itu mati. Kiranya tuhan itu mati, siapa pula yang mentadbir alam ketika itu?
Aku bersyukur kerana mempunyai hanya 1 Tuhan iaitu Allah SWT. One & Only God. Sekiranya terdapat lebih dari 1 tuhan, pastinya mereka akan bersaing di antara 1 sama lain. Jika sebuah kereta, bahtera mahupun sesebuah negara hanya diterajui atau diketuai oleh seseorang manusia; mana mungkin alam ini ditadbir lebih dari 1 tuhan.
Aku bersyukur kerana Tuhanku bukanlah diperbuat dari batu, emas dan perak atau digambarkan dalam bentuk makhluk seperti manusia dan sebagainya. Aku akur dengan Pencipta yang mencipta manusia dengan sifat kebatasan. Kebatasan untuk memikirkan zat Pencipta.
No comments:
Post a Comment