Kata Imam Al – Ghazali, “Sekiranya seorang Muslim dibenarkan mengumpat, manusia pertama yang akan kuumpat adalah ibuku”
Tersurat :
Seseorang Muslim tidak dibenarkan mengumpat sesama Muslim.
Mengumpat seseorang yang banyak berjasa dan berkedudukan tinggi seperti ibu amatlah dilarang dan ditegah.
Islam amat melarang perbuatan mengumpat dan disifatkan sebagai pisau cukur ibadah. Ini disebabkan mengumpat boleh menghakis segala pahala kebaikan. Pahala tersebut diberikan kepada orang yang kita umpat.
Tersirat:
Bukanlah Imam Al Ghazali membenci ibunya bahkan sebaliknya. Imam Al – Ghazali amat menyayangi ibunya dan perbuatan mengumpat itu ingin dibuat agar pahala kebaikan akan diberikan kepada ibu beliau.
Sindiran Imam Al – Gahzali kepada mereka yang suka mengumpat akan orang –orang yang mereka benci. Tetapi akibat umpatan mereka, orang yang mereka benci memperolehi ganjaran pahala kebajikan. Dalam erti lain, daripada memberikan pahala kebajikan yang tidak ternilai kepada orang yang dibenci lebih baik diberikan kepada orang yang kita kasihani.
Mereka yang beramal bersungguh-sunguh dan mengharapakannya sebagai bekalan di akhirat kelak, hendaklah menjauhi perbuatan mengumpat.
Tersimpul Mati:
Kita hamba Allah SWT yang telah bersumpah bahawa Allah adalah Tuhan hendaklah meninggalkan apa yang yang dilarang oleh Nya.
No comments:
Post a Comment