Kata Imam Al – Ghazali, “Sekiranya seorang Muslim dibenarkan mengumpat, manusia pertama yang akan kuumpat adalah ibuku”
Tersurat :
Seseorang Muslim tidak dibenarkan mengumpat sesama Muslim.
Mengumpat seseorang yang banyak berjasa dan berkedudukan tinggi seperti ibu amatlah dilarang dan ditegah.
Islam amat melarang perbuatan mengumpat dan disifatkan sebagai pisau cukur ibadah. Ini disebabkan mengumpat boleh menghakis segala pahala kebaikan. Pahala tersebut diberikan kepada orang yang kita umpat.
Tersirat:
Bukanlah Imam Al Ghazali membenci ibunya bahkan sebaliknya. Imam Al – Ghazali amat menyayangi ibunya dan perbuatan mengumpat itu ingin dibuat agar pahala kebaikan akan diberikan kepada ibu beliau.