Wednesday, August 04, 2010

Teladan & Sempadan

Sekiranya umur Nabi Muhammad SAW dijadikan ukuran, aku telah menggunakan separuh dari anugerah Ilahi. Itupun sekiranya Allah SWT mengurniakan aku usia seperti KekasihNya. Kalau kurang, mungkin ¾ atau 4/5 usiaku telah dihabiskan. Walaupun telah berada di awal 30an, masih banyak ilmu yang perlu dicari,amalan yang perlu dibuat, pengalaman yang harus ditimba dan akhlak serta adab yang perlu diperbaiki.
Kata seorang Tuan Ustaz, kalau nak tengok ahli – ahli syurga tengoklah mereka yang berumur 30, 31, 32 dan 33 tahun kerana manusia akan memasuki syurga dikalangan usia tersebut. Terlupa pula nak ditanya, apakah umur manusia ketika melangkah ke dalam neraka. Rasa-rasanya dalam lingkungan umur 30an juga agaknya. Waallahuallam...

Apakah kita memandang diri kita sebagai bakal ahli syurga atau ahli neraka?

Adakah amalan kita seperti ahli syurga atau ahli neraka?

Adakah akhlak kita seperti ahli syurga atau ahli neraka?

Tepuk dada tanya iman... jangan tepuk dada tanya selera...kalau tanya selera... membujur lalu (baham), melintang patah (telan)...tiada halal..tiada yang haram...maka sebaik-baiknya... kita tanyalah iman.

(p/s: juga jangan tanya Aiman sebab Aiman tak kisah)

No comments:

Related Posts with Thumbnails