Apeng (Berdiri No. 2 Dari sebelah Kanan)Sewaktu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah menengah, aku berasa gayat dan sesak nafas. Aku terpaksa mengaturkan segalanya seawal usia 13 tahun. Terpaksa berdikari menguruskan diri, belajar dan menyesuaikan diri dalam kehidupan sekolah asrama. Pada hari pertama, aku dan para sahabat dikenalkan kepada semua pengawas, dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani minggu orientasi.
Ketika waktu makan malam, selepas habis kami makan, seorang pelajar tingkatan 4 telah meminta tolong sahabat baikku, Apeng (gelaran ni diberikan oleh Guru Sejarah kerana menurutnya sahabatku ini ada iras – iras Chin Peng; pemimpin Parti Komunis Malaya). Maka dijawapnya, “Pi la ambik sendiri”. Jawapan yang sangat jujur dan berterus terang. Sekiranya jawapan ini diberikan di sekolah biasa tentu tidak menjadi masalah, tetapi tidak kepada sekolah asrama yang memang terkenal dengan sistem senioritinya.