Tuesday, September 07, 2010

Syukur # 2


Aku bersyukur kerana Allah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku. Walaupun sewaktu kecil aku terpesona dengan cerita keangungan kerajaan Nabi Sulaiman AS, keperwiraan Nabi Daud AS dan keberanian Nabi Musa AS ternyata Nabiku ini memiliki keistimewaan seperti nabi-nabi tadi malah lebih hebat dan lebih utama lagi.

Aku bersyukur kerana Allah menjadikan hidup dan akhlak Nabi Muhammad SAW sesuatu yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja kerana baginda merupakan seorang anak, suami, bapa, datuk, peniaga, pengembala kambing, guru, pendakwah, panglima perang, pahlawan, ketua negara dan pelbagai lagi.



Aku bersyukur kepada Allah SWT mengurniakan aku seorang anak lelaki dan mengilhamkan akan aku untuk menamakannya dengan nama Muhammad.
Aku bersyukur kepada Allah menjadikan nabiku Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada sekalian alam. Malah di dunia ini ramai orang dikalangan ibu bapa menamakan anak – anak lelaki mereka dengan nama Muhammad sehinggakan mengikut kajian nama paling banyak digunakan oleh penduduk dunia masa kini adalah nama Muhammad.

No comments:

Related Posts with Thumbnails