Sewaktu bersekolah menengah di sekolah asrama penuh di Bukit Mertajam, telah menjadi budaya bagi batch aku untuk menggunakan nama bapa sebagai rujukan dan gelaran. Pelajar yang mempunyai nama bapa yang sama akan dikenali dengan keluarga sebagai contoh sekumpulan pelajar yang nama bapa mereka Ahmad akan dikenali sebagai Keluarga Pak Mat.
Maka banyaklah keluarga di dalam batch aku seperti Keluarga Pak Mat, Keluarga Pak Mid, Keluarga Pak Chop dan Keluarga Pak Mail.
Daripada nama keluarga ini terbitlah pula pelbagai gelaran khusus untuk Individu tertentu seperti
1) Keluarga Pak Mid – Hamid, Ghurga, Road Runner, Mid-Mid Meyeu dsb
2) Keluarga Pat Mat - Mat Tempe, Mat Terang Gelap dsb
3) Keluarga Pak Din – Din beramboi, Aladin, Anak Jin, Uncle Sam dsb
4) Keluarga Pak Mail – Kerbau, Paipon dsb
Akibatnya, nama betul jarang digunakan dan nama gelaran mewarnai persahabatan kami. Selama 5 tahun semua lebih biasa menggunakan nama-nama gelaran masing-masing.
Nama-nama gelaran seperti paipon, kuda, kerbau, ayam, aladin, din beramboi, anak jin, suar, kundoq, gulam, ghurga, cher, mata besaq, ultraman, taro, tarzan apeng, sherod, hulk, berg, lobo, k-own, pulon, jembek, dongga, longgo, mangkaq, robocop, dz, sonto, kong, gagak, peral, penunu, kenit dan pelbagai lagi sering meniti dilidah kami.
Setelah tamat 5 tahun di sekolah menengah dan masing-masing melanjutkkan pelajar di IPTA/IPTS seterusnya memasuki alam pekerjaan. Aku berjumpa kembali dengan salah seorang sahabatku. Dia kini seorang pegawai berjawatan tinggi di agensi kerajaan.
Disebabkan mengetahui persahabatan kami, rakan setugas meminta aku memberikan nama sahabatku tadi untuk satu urusan rasmi. Maka aku dengan selambanya memberitahu namanya adalah Mat Tod. Rakan setugasku memandang aku dengan penuh kehairanan dan mengulangi pertanyaannya. Barulah aku sedar yang aku memberi nama gelaran bukan nama sebenarnya.
Walaupun 5 tahun aku belajar dengannya dan dalam tempoh itu 2 tahun berkongsi bilik aku masih gagal untuk mengingati nama sebenar Mat Tod. Aku terpaksa menelefon sahabatku yang lain untuk mengetahui nama sebenar Mat Tod ni. Namanya yang sebenar adalah Mohd Azhari...

2 comments:
salah lg tuh... nama mat tot yg sebenar adalah mohd hazahari...
Hazahari? payahnya nama mat tot... patut la nama tu xpopular kt sok sek...
Post a Comment