Wednesday, September 08, 2010

Berkat Penampar Malam Pertama

Apeng (Berdiri No. 2 Dari sebelah Kanan)

Sewaktu menjejakkan kaki buat pertama kalinya di sekolah menengah, aku berasa gayat dan sesak nafas. Aku terpaksa mengaturkan segalanya seawal usia 13 tahun. Terpaksa berdikari menguruskan diri, belajar dan menyesuaikan diri dalam kehidupan sekolah asrama. Pada hari pertama, aku dan para sahabat dikenalkan kepada semua pengawas, dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani minggu orientasi.

Ketika waktu makan malam, selepas habis kami makan, seorang pelajar tingkatan 4 telah meminta tolong sahabat baikku, Apeng (gelaran ni diberikan oleh Guru Sejarah kerana menurutnya sahabatku ini ada iras – iras Chin Peng; pemimpin Parti Komunis Malaya). Maka dijawapnya, “Pi la ambik sendiri”. Jawapan yang sangat jujur dan berterus terang. Sekiranya jawapan ini diberikan di sekolah biasa tentu tidak menjadi masalah, tetapi tidak kepada sekolah asrama yang memang terkenal dengan sistem senioritinya.

Siapa Namanya?

Sewaktu bersekolah menengah di sekolah asrama penuh di Bukit Mertajam, telah menjadi budaya bagi batch aku untuk menggunakan nama bapa sebagai rujukan dan gelaran. Pelajar yang mempunyai nama bapa yang sama akan dikenali dengan keluarga sebagai contoh sekumpulan pelajar yang nama bapa mereka Ahmad akan dikenali sebagai Keluarga Pak Mat.

Maka banyaklah keluarga di dalam batch aku seperti Keluarga Pak Mat, Keluarga Pak Mid, Keluarga Pak Chop dan Keluarga Pak Mail.

Daripada nama keluarga ini terbitlah pula pelbagai gelaran khusus untuk Individu tertentu seperti

Tuesday, September 07, 2010

Syukur # 2


Aku bersyukur kerana Allah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku. Walaupun sewaktu kecil aku terpesona dengan cerita keangungan kerajaan Nabi Sulaiman AS, keperwiraan Nabi Daud AS dan keberanian Nabi Musa AS ternyata Nabiku ini memiliki keistimewaan seperti nabi-nabi tadi malah lebih hebat dan lebih utama lagi.

Aku bersyukur kerana Allah menjadikan hidup dan akhlak Nabi Muhammad SAW sesuatu yang boleh dijadikan ikutan oleh sesiapa sahaja kerana baginda merupakan seorang anak, suami, bapa, datuk, peniaga, pengembala kambing, guru, pendakwah, panglima perang, pahlawan, ketua negara dan pelbagai lagi.
Related Posts with Thumbnails