Thursday, October 07, 2010

Minyak & Rambut Part 3

‘Bapak’, sahabat satu course kami di IPTA. 'Bapak' yang berasal dari Johor Bahru merupakan anak tunggal kepada ibu bapanya. Bapa ‘Bapak’ bekerja sebagai Professor Madya di IPTA kami sementara ibu beliau merupakan kaki tangan IPTA juga. Beliau bukan sahaja dikenali di IPTA tetapi juga dikenali di sekolah asramanya yang dahulu. Beliau selesa dengan panggilan nama 'Bapak'. Kini ‘Bapak’ merupakan harapan Min bagi menyelesaikan masalahnya.

Selepas kuliah berakhir aku, Min dan Nan mencari satu sudut terasing dari mahasiswa dan mahasiswi lain untuk meneruskan perbincangan. Kami berbincang mengenai ugutan Teman Lelaki Akak tahun 3 tadi. Memang tidak dinafikan ketiga-tiga bersetuju bahawa ugutan itu serius dan bukannya sekadar halwa telinga. Kebimbangan perkara ini dilaporkan kepada Bahagian HEP juga dibangkitkan oleh Nan. Nan begitu bimbang Min akan berdepan tindakan tatatertib oleh pihak universiti sekiranya kes ini dilaporkan.

Minyak & Rambut Part 2

Hati rasa berdebar-debar apabila Akak tahun 3 dan teman lelakinya menghampiri kami. Aku berdiri di sebelah kiri Min sementara Nan di sebelah kanannya. Mata aku masih tidak lepas memandang topi kalendar (helmet) teman lelaki akak tadi yang dipegang di tangan kanan.

Aku, Nan dan Min juga memegang helmet masing-masing. Sudah menjadi rutin kami akan sentiasa membawa helmet kerana bimbang ia hilang atau basah sekiranya ditinggalkan di motosikal masing-masing. Menilai situasi ini, Akak tahun 3 dan teman lelakinya mempunyai kelebihan yang banyak berbanding kami.

Tuesday, October 05, 2010

Minyak & Rambut Part 1

Min dan Nan keluar dari lif fakulti dan terus menuju ke arahku. Ada riak di muka masing-masing seakan –akan memberikan isyarat kepadaku.

Nan : Ada masalah besau la. Si Min ni entah kena rasuk hantu apa ntah hari ni.

Aku: Masalah apa pulak? (aku memandang Min tetapi dia hanya mendiamkan diri)

Nan: Ko kenai tak akak tahun 3 course Sains Komputer yang tak pakai tudung tu? Minggu lepas aku ada perli-perli dia sebab tak pakai tudung tu.

Aku : Ha..aku ingat. Pasai apa pulak dengan dia tu? (aku masih meneka-neka jalan cerita si Nan)
Related Posts with Thumbnails