Min dan Nan keluar dari lif fakulti dan terus menuju ke arahku. Ada riak di muka masing-masing seakan –akan memberikan isyarat kepadaku.
Nan : Ada masalah besau la. Si Min ni entah kena rasuk hantu apa ntah hari ni.
Aku: Masalah apa pulak? (aku memandang Min tetapi dia hanya mendiamkan diri)
Nan: Ko kenai tak akak tahun 3 course Sains Komputer yang tak pakai tudung tu? Minggu lepas aku ada perli-perli dia sebab tak pakai tudung tu.
Aku : Ha..aku ingat. Pasai apa pulak dengan dia tu? (aku masih meneka-neka jalan cerita si Nan)
Nan : Tadi aku naik lif dengan Min. Lepas kami masuk dalam lif, masuk pulak akak tu dengan kawan-kawan dia. Kami berdiri belakang sekali. Akak tu berdiri betul-betul di hadapan Min. Lepas tu, ko tanya le si badigol ni apa yang dia dah buat.
Marah betul Nan kepada Min. Walau pun dalam keadaan marah tapi tutur kata Nan Si Budak Melaka ni masih sedap didengar. Aku memandang ke arah Min sambil meminta penjelasan darinya. Setelah sekian kali membisu akhirnya Min bersuara.
Min: Takde le. Aku cakap kat akak tu, rambut yang terdedah ni akan dibakar di neraka nanti.
Aku: Laaa pasai tu saja ka. Benda biasa la tu. Macam la hampa berdua tak pernah buat sebelum ni. Aparaaa.
Nan: Nanti! Min tak abis citer lagi. Lepas tu mangkuk ni bawa keluar lighter dia. Nyala api. Habis terbakar rambut akak tu. Siyut betul.
Min: Terbakar sikit je. Aku bukan sengaja nak bakar. Aku letak lighter tu jauh. Entah macam mana rambut dia boleh melayang kena lighter aku. Aku cuba hembus nak padamkan api. Sekali, tambah besar api tu. Aku pun tak tau, dia pakai minyak rambut jenis apa? Entah-entah minyak tanah kot?
Aku mula berfikir panjang mencari kebenaran dalam cerita Min dan Nan. Bukan sekali dua, Min dan Nan mereka / membuat cerita untuk memperdayakan orang. Budak Melaka dan Pahang ni kalau berjumpa, ada –ada sahaja kisahnya. Semasa aku tengah menimbang kata – kata Min dan Nan untuk mencari kesahihannya, aku terlihat kelibat akak yang mereka maksudkan keluar dari pintu lif.
Sebelah tangan memegang rambut yang basah dan sebelah tangan lagi menarik tangan teman lelakinya. Dari jauh telah kedengaran caci maki akak tadi kepada Min. Aku sempat menjeling topi kalendar yang dipegang oleh teman lelaki akak tahun 3 tadi. Secara sponton mulut dan hati kecilku bersuara,
“ Ah...Sudah”