Friday, October 08, 2010

Nasi Gunung

Untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, kami berkongsi duit membeli beras. Dengan cara ini kami hanya perlu membeli lauk pauk di kedai. Menggunakan periuk nasi elektrik kami bergilir menanak nasi kerana saiz periuk yang kecil hanya mampu memasak nasi untuk 4 orang.


Suatu petang, Miskam ingin menanak nasi. Bagi mengelakkan pembaziran Miskam terlebih dahulu memastikan siapa lagi yang ingin berkongsi nasi dengannya. Ramai di antara kami yang telah makan di kafeteria.

Palas 12

Jalan Palas 12
Kehidupan mahasiswa di selatan semenanjung agak berbeza berbanding dengan IPTA lain. Di sini yuran pengajian yang agak mahal, kos sara hidup yang tinggi, kemudahan asrama yang terhad memaksa sebahagian besar pelajar menyewa rumah di luar kampus. Sudah pasti apabila tinggal di luar, kami memerlukan kenderaan untuk ke kuliah. Kemudahan bas yang disediakan oleh pihak universiti memberi keutamaan kepada mahasiswi. Lagipun jadual dan pergerakkannya yang terhad serta terbatas membuat ia tidak menjadi pilihan kami.

Cameraman : Mark1; CD & Paipon Tiada Dalam Gambar

Sembang Langit Ludah Bumi

Dalam kehidupan kita sehari hari, kita sering berjumpa dengan manusia – manusia yang suka bercakap besar, masuk bakul angkat sendiri, tin kosong, gebang ghondi dan gelaran terbaru yang ku dengar adalah Sembang Langit. Manusia jenis ini suka membanggakan kehebatan diri konon dialah yang terhebat di antara yang terhebat.

Kita baru bicara tentang bermain bola di waktu petang, dia sudah mencanangkan bahawa dia pemain kelab. Kita pernah bermain sesuatu sukan untuk mewakili negeri. Dia mengaku terpilih mewakili semua sukan untuk negeri hinggakan namanya juga ditukar kepada ‘State’. Kita baru berjaya mengail seekor ikan toman, baginya dialah pakar menjala ikan toman. Sekali menjala berpuluh – puluh ikan toman naik ke darat. Pandak kata dia 1000X lebih baik dari kita. Realiti sebenar kehebatannya hanya bernilai 5 kupang tetapi diwarwarkan kepada umum seolah – olah nilai menjangkau RM 1 juta. Kasihan manusia seperti ini dirasakan orang kagum padahal lagaknya tidak ubah seakan akan seorang badut.

Related Posts with Thumbnails