Untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, kami berkongsi duit membeli beras. Dengan cara ini kami hanya perlu membeli lauk pauk di kedai. Menggunakan periuk nasi elektrik kami bergilir menanak nasi kerana saiz periuk yang kecil hanya mampu memasak nasi untuk 4 orang.
Suatu petang, Miskam ingin menanak nasi. Bagi mengelakkan pembaziran Miskam terlebih dahulu memastikan siapa lagi yang ingin berkongsi nasi dengannya. Ramai di antara kami yang telah makan di kafeteria.
Ada juga yang akan makan di luar pada malam nanti. Hanya Miskam, ImKas dan Double yang akan makan di rumah. Miskam meneruskan niatnya untuk menanak nasi untuk mereka bertiga tetapi dia sengaja memasak nasi untuk 4 orang
Apabila nasi telahpun masak, ImKas menceduk nasi ke pinggan dan menikmati makan malam dengan lauk yang telah dibeli dari kedai. Giliran Double mengambil nasi dan pinggannya diletak di atas meja kemudian keluar untuk membeli lauk pauk di kedai makan berhampiran. Sebelum keluar Double menutup pinggan nasinya dengan kertas kerana bimbang dimasuki habuk atau kotoran.
Setelah selesai solat maghrib, Miskam membawa bungkusan lauk ke dapur untuk menikmati makan malam. Alangkah terkejutnya apabila melihat nasi di dalam periuk telahpun kehabisan.
Miskam: Apa ni wooi?! Tadi aku tanya tak mau habaq. Lani dah abis nasi yang aku masak. Sapa ambik? Cepat Mengaku.
ImKas: Aku ada ambik tadi. Lepas tu Double ambik. Kalau ada orang lain ambik lepas tu aku tak perasaan pulak.
Tiada sesiapa di antara kami yang mengaku. Memang tiada orang yang makan nasi selain ImKas. Kami leka bersembang sambil menonton televesyen. Selepas Isyak barulah masing-masing akan membuat tugasan dan mengulangkaji pelajaran.
Jokar: Hang pi tengok ataih meja. Ntah2 Double yang tolong ambik untuk hang.
Miskam berjalan perlahan ke meja Double. Sampai di sana dia membuka kertas yang menutup pinggan nasi Double.
Miskam: Biaq betui nih. Tingginya macam Gunung Pulai daa. Dia ambik untuk dia sorang ka atau untuk aku sekali?
Miskam mengangkat pinggan nasi double dan menunjukkan kepada kami. Memang tinggi betul nasi Double. Rasanya cukup untuk 3 orang makan. Disebabkan terlalu lapar, Miskam menanak nasi sekali untuk dirinya.
Selang tidak lama kemudian, Double pulang dengan membawa sebungkus lauk dan setin air Coca Cola. Beliau ke dapur mengambil pinggan kosong. Aku sangkakan pinggan itu untuk mengisi nasi dan diberikan kepada Miskam tetapi sangkaan tidak tepat. Pinggan tersebut gunanya untuk mengisi lauk pauk yang baru dibeli. Kami pura pura tidak peduli dengan kejadian ini tetapi masing-masing ingin tahu sama ada Double mampu menghabiskan nasi gunung tersebut.
Perlahan-lahan Double makan sambil menonton televisyen sehingga habis kesemua nasi dalam pinggannya. Beliau membawa pinggan – pinggan yang digunakan ke singki dapur untuk dibasuh. Semasa melintasi periuk nasi Double perasaan yang ada orang sedang menanak nasi.
Double: Aik! Sapa pulak yang masak nasi ni? Bukan semua orang dah makan ka?
Miskam : Aku yang masak. Nasi yang aku masak tadi, hang dah perabih semua sekali. Buat-buat tanya la pulak. Cover le tu.
Double: La betui ka Miskam hang tak makan lagi. Aku ingatkan hang dah sapperdek tadi. Sori la aku tak tau.
Miskam: Tak pa aku dah masak nasi tadi. Hang boleh habis noo nasi banyak tu. Nasi gunung tu.
Double : Ushar la ‘tank’ aku ni. Dah ‘tank’ besar gunung, nasi pun kena tinggi macam gunung jugak.
No comments:
Post a Comment