Pagi - pagi lagi kami telah bertolak dari Jawi ke Ipoh. Destinasi kami adalah Lost World of Tambun di Ipoh , Perak Darul Riduan. Walaupun hujan lebat, perjalanan diteruskan juga untuk memenuhi janji yang dibuat kepada Hanisah dan Hakim.
Semalaman aku dan isteri tercinta melayari internet untuk mendapat gambaran tentang Lost World of Tambun. Setelah berpuas hati, kami bersetuju untuk membawa Hanisah dan Hakim ke sana seawal pagi esok. Tambahan pula esok merupakan cuti umum di seluruh negara.
Kami sampai seawal jam 10.00 pagi dan taman tema tersebut baru dibuka. Kami menghabiskan masa di sana sehingga pukul 5.00 petang. Kemudahan seperti surau, gerai - gerai makanan dan pelbagai lagi memudahkan lagi aktiviti keluarga di Lost World Of Tambun.
Raccon di Petting Zoo |
Berlatarbelakang Adventure River |
Menunggu Giliran Untuk Menaiki Paddle Boat |
Life Jacket Wajib Dipakai |
Muka Bosan sebab kena duduk dibelakang boat |
Kakak nak naik kuda betul macam Princess |
Hakim nak naik kuda betul |
Yeeah!!! Abah! Beli kuda ni ye kita bawa balik |
Abah! Hakim nak bawa kuda ni laju -laju boleh tak? |
Menunggu Keretapi Bergerak |
Water Slide |
Syok sampai tak mau balik ni... |
Meluncur dari Kapal Lanun |
Bermain-main pistol air |
Pasir, air dan ombak |
Peta Lost World Of Tambun |
No comments:
Post a Comment