Monday, November 29, 2010

Rapunzel 3D

Sudah seminggu cuti sekolah bermula dan Hanisah bersuara meminta percutian keluarga. Katanya ‘Hendak tidur di hotel macam percutian yang lepas’. Percutian yang dimaksudkan adalah percutian ke Melaka dan Negeri Sembilan pada bulan 3 yang lalu.

Bagi memujuk kedua –dua hati Hanisah dan Hakim, aku dan isteri tercinta membawa mereka menonton filem animasi komputer ‘Rapunzel 3D’ di Sunway Carnival Seberang Jaya. Mereka begitu terhibur melihat filem tersebut. Terubat juga hati mereka berdua. Tetapi minda diri ini dan isteri tercinta masih tercari cari tempat untuk percutian keluarga.

Ke Melaka sudah, ke Negeri Sembilan pun sudah. Aquaria KLCC pun sudah disinggahi. Teluk Batik, Lumut dan Pangkor destinasi percutian keluarga kami tahun 2008. Ke Bukit Merah pun sudah. Ke mana tempat percutian yang sesuai untuk keluarga? Destinasi pelancongan manakah yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk mereka berdua?

Buntu juga akal ini memikirkannya. Tambahan pula kerja-kerja di pejabat masih banyak yang belum selesai. Kerja-kerja penganjuran baru bermula. Terasa masa begitu cepat berlalu akibat kesibukkan. Tetapi apabila memikirkan wajah-wajah penuh harapan Hanisah, Hakim dan isteri tercinta, Insya Allah percutian keluarga akan dilaksanakan. Destinasinya belum pasti tetapi kalau sesiapa ada cadangan dipersilakan.




2 comments:

azril said...

Salam Encik Halim,

Nampaknya Halim pun dah tengok cerita tu kan. Tentu menarik kan? Azril pun teringin juga nak tengok cerita tu nanti.

Saja ja Azril nak cadangkan satu tempat iatu di pantai Cherating Pahang, pantainya landai sehingga 100 meter pun masih di paras betis.

Datanglah di Kuantan dan boleh tinggal di rumah Azril pada hari Sabtu dan Ahad.

Al-Jawi said...

Insya Allah... Terima Kasih... Rapunzel 3D memang menarik dan menghiburkan... jalan cerita dan efek2 3D.. memang terbaik dari Disney..

Related Posts with Thumbnails