Sunday, November 28, 2010

Tugasan Kedua


Alhamdullilah... Syukur kepada Allah SWT kerana tugasan kedua berjaya dilaksanakan. Walaupun masih terdapat banyak kekurangan dalam tugasan ini tetapi diharap ia dapat memberi sedikit gambaran program yang bakal dianjurkan pada pertengahan tahun hadapan.

Semuanya tidak akan berlaku tanpa keizinanNya dan bantuan para sahabat. Kepada semua sahabat yang membantu, tiada imbuhan kewangan yang dapat aku berikan dan tiada pengiktirafan dari manusia dapat dianugerahkan selain doa kepada Yang Maha Kuasa agar bakti jasa kalian dibalasiNya.

Apa yang menariknya, seorang sahabat memohon maaf kerana tidak dapat membantu padahal banyak jasa dan bantuan yang telah diberikannya. Mustahil tugasan kedua ini dapat dilaksanakan tanpa bantuan dari sahabat tadi. Semoga Allah SWT melapangkan dadanya, memfokuskan mindanya dan memudahkan urusan pengajiannya di IPTA.

Berbeza dengan amanah ini dengan amanah yang lain pernah kuterima. Amanah ini hanya bagi tempoh masa 8 bulan tetapi perancangan dan perlaksanaannya seolah-olah memerlukan masa 2 tahun.

Kepada para sahabat seangkatan seperjuangan, amanah yang kita terima ini sememangnya tidak mudah dan penuh jalan-jalan berliku. Pelbagai halangan, tohmahan dan cabaran perlu kita tempuhi bersama. Dengan masa dan kewangan yang terhad menjadikan amanah ini semakin sukar. Tetapi sekiranya kita berjaya melaksanakan amanah ini, ia akan menjadi inspirasi kepada semua.

Jika kita berjaya melaksanakannya dengan berjaya, pasti ia akan menjadi kenangan terbaik kepada kita semua yang pasti tidak dilupakan hingga 20 tahun akan datang malahan hingga hayat dikandung badan.

Inilah masa dan saatnya kita membuktikan keupayaan diri kita masing-masing. Masa untuk menggunakan kualiti terbaik dalam diri dan bersatu menjalankan amanah yang diberikan. Inilah masanya membezakan seorang pejuang dari pemberi alasan.

Pejuang akan terus mara walau apapun halangan yang terpaksa ditempuhinya. Manakala seorang pemberi alasan akan menggunakan seribu satu alasan untuk mengundur diri dan menahan dirinya daripada berusaha memberi yang terbaik.

Memetik falsafah Sun Tzu’s Art of War sebagai panduan:

It does not take much strength to lift a hair,

It does not take sharp eyes to see the sun and moon,

It does not take sharp ears to hear a thunderclap

2 comments:

azril said...

Salam Encik Halim,

Tiada apa yang dapat diucapkan setelah melihat kertas kerja tersebut selain dari ucapan tahniah kerana melakukan sesuatu yang sungguh bagus dan terbaik.

Al-Jawi said...

Terima kasih tetapi masih boleh diperbaiki... semua ini atas kerjasama semua ajk jawatankuasa sambutan termasuk en azril sekali...

Related Posts with Thumbnails