Sejak menerima amanah, aku merasakan diri ini seorang time traveller. Rutin harianku sedikit sebanyak telah berubah. Walaupun aku berada di kedai makan bersama para sahabat untuk makan tengahari tetapi sesaaat kemudian aku kembali ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerja di hadapan monitor komputer. Seolah – olahnya aku berada pada waktu pagi sebaik sahaja memasuk pejabat. Keadaan yang amat tenang memudahkan aku mencari ilham dan mencari pendekatan yang terbaik bagi melaksana amanah para sahabat.
Suara sahabat di kedai makan mengamit aku kembali ke waktu tengah hari untuk menikmati sesuap nasi mengalas perut. Keadaan yang sama berlaku semasa aku dalam perjalanan pulang. Waktu ketika itu sekitar pukul 5 petang tetapi mindaku telah mengembara ke waktu sekitar 12 tengah malam. Waktu yang sunyi selepas anak-anak melelapkan mata amat sesuai untuk menatap kembali monitor laptopku.
Aku merancang dan terus merancang dan berdoa agar segalanya berjalan lancar. Memegang kuat kata- kata yang menjadi panduanku selama ini.
Mereka Yang Gagal Merancang Sebenarnya Merancang Untuk Gagal.
Kadang-kadang aku mengembara jauh ke masa hadapan. Pertengahan tahun 2011 berada di dalam dewan sambil melihat segala perancangan selama hampir 7 bulan menunjukkan hasilnya.
Cuma hati kecil ini mengingatkan bahawa manusia hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Bisikan hati mengingati diri agar berusaha sebaik mungkin, berdoa dan seterusnya bertawakal kepada yang Maha Esa. Insya Allah...
2 comments:
salam
memang tepat sekali.perancangan dalam kehidupan ni sangat2 penting.
walaupun ada kalanya yang dirancang tidak menjadi tetapi di situ tetap ada kepuasan kerana kita telah "berusaha" untuk merancang!!
Walaikumussalam...
Manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan...
Post a Comment