Monday, November 08, 2010

Petrosains Dinotrek 2

Mengisi masa lapang sementara menunggu giliran membeli tiket
Hujung minggu lepas, aku dan isteri tercinta membawa Hanisah & Hakim Ke AEON Jusco Bandar Perda. Walaupun hujah lebat, kami redahi juga demi mencari pengalaman baru di Petrosains Dino Trek 2.

‘The Interactive Dinosaur Experience’

Seronok melihat telatah Hanisah dan Hakim di pusat pameran. Pelbagai aktiviti disediakan Dino Quest, Dino Dance, Dino Puzzle, Dino Dig, Dino Chase, Meat & Veggie. Ditambah pula dengan replika robotik T-Rex, Spinosaurus, Stegosaurus, Velociraptor dan Protoceratop.

Sememangnya pengalaman interaktive yang sukar dilupakan bagi Hanisah dan Hakim.

Sejam setengah berada di Petrosains bagaimana sekejap sahaja rasanya. Bilangan pengunjung yang tidak putus-putus dan kebanyakkannya terdiri daripada kalangan kanak – kanak menjadikan suasana seperti pesta.

Kedengaran juga suara tangisan kanak – kanak kecil yang ketakutan apabila melihat T-Rex. Pengerakkannya yang realistik seolah-olah T –Rex hidup kembali di bumi ini.



Bayaran masuk yang dikenakan:

Warga Emas ( 56 tahun ke atas) & Dewasa (18 -55 tahun) – RM 6

Remaja (13 – 17 tahun) & Kanak –Kanak ( 5 – 12 tahun) – RM 3

Kanak – kanak ( 4 tahun ke bawah) – Masuk Percuma

Rombongan Sekolah – RM 2 setiap sorang

Pakej Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak) – RM 14.00

2 comments:

Anonymous said...

Thanks for the pictures. Nak bawak anak sedara pi Aeon Jusco untuk Dinotrek. Tertanya pulak apa yang ditunjuk di Dinotrek tu. Dari gambar tu, at least I get the picture of what is in store.

Al-Jawi said...

Welcome... Dinotrek mmg sesuai sangat utk pembelajaran budak2 ni... cuma ada 1, 2 budak budak yang menangis bila tengok T-Rex...

Related Posts with Thumbnails