Wednesday, October 27, 2010

Amanah

Pada mulanya, perasaan aku berbelah bahagi sama ada menerima atau menolak amanah yang ditawarkan. Disebabkan tidak sampai hati, aku penuhi permintaan orang yang berhajat dan demi membalas budi baik yang diterima oleh para sahabat ketika berkunjung di rantau orang.

Orang Memberi Kita Merasa, Orang Berbakti Kita Membalas Jasa.

Walaupun amanah ini terasa amat berat tapi Insya Allah dengan bantuan para sahabat, Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing.

Mengingati kembali nasihat Luqman Hakim bahawa “Dua manusia paling malang adalah mereka yang tidak cekap melaksanakan sesuatu perkara apabila diamanahkan dan manusia yang hanya melaksanakan sesuatu perkara apabila disuruh” membuatkan aku bertambah bersemangat untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan terbaik semampu yang boleh.

Sesungguhnya amanah ini bakal menguji kesabaran, mendatangkan seribu rintangan dan dugaan serta bakal mematangkan pemikiran. Insya Allah hasrat seribu tetamu yang akan berkunjung ke Pulau Mutiara pertengahan tahun depan tidak akan dihampakan.
 
Berkesatuan Ke Arah Keutuhan

No comments:

Related Posts with Thumbnails