Thursday, October 28, 2010

Telatah Anak Anak 3

Kakak! Lepas ni kita nak main papan lungsur ke jongkang jungkit?
Sekupu

Hanisah dan Hakim menemani ibu mereka untuk membeli nasi lemak di kedai berdekatan. Sementara aku masih lena diulit intan selepas menunaikan solat subuh tadi. Tidak beberapa lama kemudian kedengaran enjin kereta Wira isteri tercinta di luar. Mereka membeli 7 bungkus nasi lemak dan isteri tercinta memaklumkan terjumpa dengan anak saudaraku Amir, berdekatan dengan kedai nasi lemak.

Hakim: Abah kami jumpa sekupu kita tadi. Abang Amir. Masa beli nasi lemak tadi.

Aku : Bukan sekupu la tapi sepupu. Lepas tu pulak, sepupu kami bukan sepupu kita. Abang Amir tu anak menakan abah.

Hakim: Ha betui la.

Kakak Suruh Ibu

Aku mengangkat buku sekolah Hanisah untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Hari ini isteri tercinta berkursus dan aku bertanggungjawap mengambil anak-anak dari pusat asuhan kanak – kanak.

Hanisah : Abah! Ustazah ada bagi surat dan borang. Kakak letak dalam beg. Tapi tak apalah kalau abah tak reti nak isi. Kakak mintak tolong ibu.

Inilah akibatnya kalau selalu sangat meminta isteri tercinta mengisi borang persekolahan anak – anak.

Hakim

Namaku dan anakku hampir sama pada ejaan dan bunyi. Cuma beza pada huruf ‘K’. Maka tidaklah menghairankan jika ramai dikalangan orang tersalah panggil namanya. Mereka memanggil namaku dan bukannya namanya. Di antara orang yang tersalah panggil namanya dengan namaku adalah Isteri tercinta, Abah, Mak, mak mertua dan kakak ipar. Malahan aku sendiri pernah tersilap panggil anakku Hakim dengan namaku sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails