Wednesday, October 20, 2010

Hutang

Sementara menunggu kehadiran Tuan Ustaz memberi kuliah bulanan, aku sempat berbual-bual kosong dengan ahli-ahli qaryah surau. Seorang ahli qaryah yang kehilangan anaknya dalam kemalangan pada tahun lepas berkongsi cerita. Menurutnya baru-baru ini seorang dari anaknya telah bermimpi berjumpa dengan si arwah.

Dalam mimpi berkenaan, arwah memaklumkan bahawa doa-doa mereka tidak sampai kepadanya. Ini disebabkan hutangnya sebanyak RM 70,000 masih belum dilangsaikan. Setelah terjaga, si anak memaklumkan kepada ahli qaryah tadi. Melalui semakan di bank-bank barulah diketahui, si arwah ada membuat 2 pinjaman kenderaan. Setiap pinjaman berjumlah RM 35,000.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta tersebut telah diberikan si arwah kepada rakan-rakannya. Melalui perjanjian mulut, mereka hanya perlu menyambung pembayaran bulanan kepada bank. Malangnya, rakan-rakannya gagal menjelaskan hutang kepada pihak bank dan mengakibatkan si arwah masih menanggung hutang sebanyak RM 70,000.

Betapa besarnya kesan dan pengaruh hutang. Sama-samalah kita fikirkan. Waallahualam.
Related Posts with Thumbnails