Friday, October 29, 2010

Stinger 1 : Pengkhianatan

Skuad rugbi sekolah digelar Stinger
Selama 15 tahun, sekolahku memegang rekod sebagai juara sukan rugbi di Pulau Pinang. Seorang guru dan juga jurulatih rugbi telah meminta untuk ditukarkan ke sekolah lain yang merupakan pesaing utama sekolahku dalam sukan rugbi.

Alasan pertukaran ini adalah kerana beliau tidak menyakini kebolehan skuad rugbi sekolahku dapat mempertahankan kejuaraan sukan rugbi pada tahun hadapan.

Pada ketika itu aku sedang berada di penghujung tahun di tingkatan 4. Kata – kata guru tadi benar – benar membakar hati Mat Tank, Bangu, Sherod dan Chasqo. Mereka merupakan pemain-pemain ragbi sekolah. Ini disebabkan ketidakyakinan itu ditujukan kepada mereka.

Kejohanan rugbi telahpun berakhir. Pasukan rugbi yang diterajui kebanyakkan pelajar tingkatan 5 dan dibantu pelajar tingkatan 4 telah berjaya membawa pulang piala kejohanan peringkat negeri. Kata-kata guru tadi seolah – olah tidak mengiktiraf langsung sumbangan pelajar tingkatan 4 dalam usaha membawa pulang piala kejohanan.

Melalui desas desus yang didengar, guru tersebut juga berjaya memujuk beberapa pelajar / pemain rugbi tingkatan 5 untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 di sekolah yang menjadi ‘seteru’ kami dalam sukan rugbi. Beliau telah membuat perancangan dan berusaha memastikan skuad rugbi barunya bakal menumbang skuad rugbi sekolahku. Perancangan dibuat walaupun beliau masih merupakan seorang guru di sekolahku.

Tindakan beliau ditambah dengan kata – kata sindiran kepada para sahabat amat tidak boleh diterima. Malahan ada dikalangan kami mengelarkannya ‘Pengkhianat’ kerana merancang untuk merampas piala kejohanan sekolah walaupun beliau masih berkhidmat di sini. Tambahan pula sekolahku tiada jurulatih rugbi kecuali beliau. Permohonan pertukaran beliau dianggap langkah pertama dalam usaha men’sabotaj’ sekolah.

Maka berpakatlah semua pemain rugbi dari pelajar – pelajar tingkatan 4 bagi menghadapi situasi ini. Mereka bersetuju biar putih tulang jangan putih mata. Tahun hadapan apabila sessi persekolahan bermula, latihan akan dimulakan biarpun tiada guru dan jurulatih rugbi. Bangu, sahabat sekelasku dilantik sebagai pengurus dan jurulatih bagi menyediakan pasukan rugbi sekolah untuk mempertahankan rekod dan piala kejohanan.

Masing – masing begitu bersemangat dan tidak sabar –sabar menunggu sessi persekolahan tahun 1994 berakhir. Apabila sessi persekolah tahun 1995 bermula, secara rasminya skuad rugbi sekolah akan diterajui oleh Mat Tank, Bangu, Sherod dan Chasqo. Tekad mereka, ‘perkhianatan’ akan dipatahkan kerana ia bertentangan dengan tradisi sekolahku.

No comments:

Related Posts with Thumbnails