Pada hari yang dijanjikan, Apeman dan Ayam terpaksa menarik diri kerana terdapat urusan lain yang memerlukan perhatian mereka. Tinggallah aku, Paipon dan Miskam untuk meneruskan rancangan ke Air Terjun Junjong. Kalau ikutkan hati kami, hendak saja rancangan ini ditangguh ke suatu masa yang lain. Walau bagaimanapun oleh kerana Paipon telah membeli barangan seperti ayam mentah dan peralatan memasak yang lain, rancangan ini diteruskan juga.
Aku dan Paipon merupakan Ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) di sekolah. Sementara Miskam merupakan ahli pengakap. Memang sering kami berkhemah mengikuti aktiviti persatuan masing –masing tetapi kami bertiga tidak pernah ke Junjong. Miskam ditugaskan sebagai penunjuk arah untuk mencari panduan ke sana.
Bas bergerak perlahan memasuki kawasan perkampungan dan di sebelah kanan jalan kelihatan Sign Board yang dimasukkan. ‘Tekan Loceng’, Miskam mengarah Paipon dan dengan pantas loceng bas ditekan dan bas pun berhenti. Bas berhenti betul betul di hadapan sign board. Kami membawa peralatan dan turun dari bas.
Miskam : Ha. Kita dah sampai dah.
Paipon: Miskam. Pasai apa bas tu terus ja. Bukan Air Terjun di destinasi terakhir ka?
Miskam : Memang la Air Terjun di destinasi terakhir. Bas tu tengah cari jalan nak u – turn la. Bukan boleh u – turn ikut suka.
Kami bertiga memerhatikan pergerakkan bas tadi. Nampaknya kata-kata Miskam jauh dari kebenarannya apabila bas tersebut meneruskan perjalanan. Tiada tanda-tanda ia akan berpatah balik.
Miskam : Member aku bagitau Air Terjun Junjong tu dekat dengan sign board ni je. Kita jalan sikit, depan tu ja Air Terjun Junjong.
Kami berjalan perlahan – lahan masing-masing bagaikan rusa masuk kampung. Hanya mengikut kaki melangkah. Oleh kerana Air Terjun tidak ditemui walaupun telah lama kami berjalan, Paipon menahan seorang penunggang motorsikal untuk menanyakan arah.
Paipon : Assalamualaikum bang. Nak tanya sikit Air Terjun Junjong kat mana?
Penunggang Motorsikal : Hujung jalan ni. Hampa jalan terus kat hujung sekali nanti jumpa la Air Terjun.
Paipon : Jauh lagi ka?
Penunggang Motorsikal: Ada la dalam 3km lagi. Hampa mai jalan kaki ka? Selalu orang pi naik bas. Bas nanti berenti betui-betui depan Air Terjun Junjong, sebelum bas tu patah balik. Hampa mai dari mana?
Paipon : Kami mai rumah kawan kat kampung ni. Dah terlanjur mai sini teringin nak pi air terjun. Saja kami tak naik bas sebab kami memang suka jalan kaki.
Mata Paipon melirik kepada Miskam. Selepas mengucapkan terima kasih kepada penunggang motorsikal, kami meneruskan perjalanan.
Paipon : Hang betui buat tahana la Miskam. 3km lagi, boleh melecut kaki aku nih. Aku ingat sampai mati la, apa hang buat ni.
Miskam: Bukan salah aku la. Member aku bagi petua tak betui. Hehehe sori le. Pandai hang cover line tadi.
Sepanjang perjalanan ke air terjun, merah padam telinga Miskam kerana kutukan dan kata-kata perli memerli dari aku dan Paipon.
No comments:
Post a Comment