Selama berada 5 tahun di sekolah asrama, aku merasakan kehidupan ketika di tingkatan 2 paling mencabar jiwa dan raga. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi. Menghadapi tekanan dari pelajar senior berhubung ‘kontrak sosial’, menonjolkan imej individu mahupun batch untuk mendapatkan penghormatan, belajar, membina kesatuan antara kalangan batch untuk memastikan semangat assabiyah ‘Form 2’ terus kukuh dan berkembang.
Bagaimanapun tekanan dari pelajar senior semakin hari semakin kuat. Batch Form 2 seolah – olah menjadi 'punching bag' kepada pelajar senior. Setiap hari pasti ada di antara sahabat-sahabat yang terpaksa berdepan sepak terajang para senior. Semuanya terpaksa kami lalui dengan tabah.
Tingkah laku pelajar- pelajar junior juga menjadi sebahagian dari masalah kepada kami. Akibat daripada sistem abang angkat/ adik angkat yang dihidupkan semula, ramai dikalangan pelajar junior yang mula 'naik tocang' dan 'besar kepala'. Perlindungan dari abang-abang angkat dirasakan cukup kuat oleh pelajar junior sehingga berani untuk menolak sistem senioriti.
Perbincangan di buat sesama batch Form 2 dan suatu usul telah diterima sebulat suara sepakat hati. Pelajar-pelajar junior yang melampau ini akan diajar dan dihukum. Sebagai langkah mengelakkan tindakan balas daripada abang – abang angkat mereka terhadap individu individu tertentu dalam batch kami, semua batch Form 2 akan terlibat secara langsung atau tidak lansung.
Jika ada pelajar senior yang membuat kesalahan, mereka terpaksa menerima hukuman dari setiap form 2. Semasa berada di asrama, kami dipecahkan mengikut dorm dan rumah sukan. Setiap batch dibahagikan kepada empat rumah sukan dan dorm yang berbeza iaitu Zamrud, Nilam, Mutiara dan Delima. Pelajar-pelajar junior yang bermasalah akan dihukum di setiap dorm.
Sebagai contoh jika mereka bermasalah dengan pelajar-pelajar Form 2 rumah Zamrud, selesai menerima hukuman di dorm Zamrud mereka akan dibawa pula ke dorm rumah-rumah yang lain. Cara ini membuatkan abang-abang angkat mereka terpaksa berdepan dengan semua batch Form 2 dan selalunya hukuman yang dikenakan terhadap kami semua tidaklah seteruk mana kerana bilangan kami yang ramai. Bermulalah satu tradisi yang berkekalan sehingga kami meninggalkan sekolah 4 tahun kemudian.
Langkah ini begitu berkesan memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar junior disamping menguatkan lagi ikatan sesama pelajar tingkatan 2. Berbeza dengan batch – batch lain yang berpecah dan sering bercakaran sesama batch. Agaknya inilah yang dikatakan batch yang lain dari yang lain. Hanya boleh ditemui 1 dalam 14 tahun atau 16 tahun.
No comments:
Post a Comment