Aku melangkah keluar dari bilik kuliah bersama Miskam. Dalam perjalanan turun dari tingkat 3 Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), aku berselisih dengan para sahabat dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) iaitu Apeman, Pok Din dan Khor Ja. Setelah bertegur sapa aku diberitahu oleh Apeman kedatangan mereka ke sini untuk belajar perisian Auto Cad. Pensyarah mereka akan mengajar perisian Autocad menggunakan makmal komputer di FSKSM.
Sebelum kembali ke rumah sewa, aku dan Miskam terlebih dahulu membeli dan membungkus makanan di kafeteria untuk di bawa pulang ke rumah sewa kami. Setelah selesai menikmati makanan tengah hari, aku bersantai di hadapan televisyen. Tiba –tiba kedengaran bunyi motor RXZ Apeman di luar rumah. Setelah mematikan enjin, Apeman masuk ke rumah. Apeman tersenyum girang sambil menuju ke biliknya kemudian kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Senyuman masih tidak lekang dibibirnya.
“Hang nak tau tak apa jadi kat fakulti hang tadi?” soal Apeman kepadaku.
“Ha.. Awatnya? Cherita la tumpang TV ni dok tayang iklan” jawap ku dengan ringkas.
“Lecturer ajaq kami tadi macam mana nak guna Autocad. Dari ikon shotcut, main menu, sub menu semua la. Semua senang ja cuma perlu klik. Mudah saja. Kami pun pakat try la. Teori serentak dengan praktikal sekali. Lepaih sorang-sorang cuba dan faham, sessi soal jawap dengan lecturer pun bermula. Depa pun pakat-pakat tanya kat lecturer tu mana yang depa tak faham. Ramai jugak yang tanya tapi semua soalan depa, lecturer jawap. Bila habis semua orang dah tanya, lecturer buka ruang untuk soalan yang terakhir. Hang tau sapa tanya soalan terakhir ?” Apeman berhenti sebentar untuk menyalakan rokoknya.
“Mana la aku tau. Bukan aku ada dalam lab tu pun. Sambung cherita.” arahan aku kepada Apeman.
“Pok Din bangun. Dia bagitau kat lecturer tu semua pasai Autocad dia dah faham cuma satu benda yang dia tak faham. Lecturer tu kata baguih la kalau dia faham semua tapi benda apa yang masih Pok Din tak faham?,” Apeman berhenti lagi untuk menyedut asap rokoknya.
“Kami 1 kelas dok perati dia la. Kami nak tau jugak apa benda yang dia tak faham. Kurang-kurang boleh kami kongsi soalan dan jawapan. Kami semua pakat diam sebab nak bagi ruang Pok Din tanya soalan cepu emas kat lecturer tu. Hang tau tak soalan cepu emas Pok Din tu apa?” tanya Apeman sekali lagi kepada aku, padahal dia pun tahu yang aku tidak tahu jawapannya. Aku geleng kepala.
“Tuan Lecturer saya nak tanya 1 soalan. ‘Klik’ tu benda apa pulak? Itulah soalan cepu emas dari Pok Din. Gamat 1 kelas dengan gelak ketawa. Lecturer pun gelak sekali. Pok Din dapat gelaran baru hari ni. Kami panggil dia Pok Din Klik.”
No comments:
Post a Comment