Thursday, October 14, 2010

Mandi Kolah: Gagak Berenang

Barisan Tengah, 2 Dari Kiri : Man Gagak
Barisan Belakang, 4 Dari Kiri: Sonto
Dari belakang pintu tandas aku memasang telinga mendengar perbualan di luar.

Warden Jembek: Kuat la hang boleh angkat besi tu sorang-sorang. Mau ada 4 orang baru boleh angkat. Lekas bagitau sapa lagi yang angkat besi tu.

Sonto: Saya sorang cikgu.

Sonto memegang prinsip biar pecah diperut tapi jangan sesekali dimulut. Cubaan Sonto menegakkan benang yang basah berhasil membolehkan dia memperolehi beberapa libasan rotan dari Warden Jembek.

Warden Jembek: Hang tunggu sini.

Aku mendengar bunyi tapak kasut warden Jembek melangkah ke bilik mandi sebelah. Terdapat 2 bilik mandi di tingkat bawah. Bilik mandi yang sedang aku bersembunyi dan bilik mandi sebelah yang terhampir dengan kolah.

 
Warden Jembek: 1, 2, 3, 4. Keluar! Hampa buat apa kat sini. Hampa pun mandi kolah kan? Laaa Man Gagak pun ada! Sapa lagi yang mandi dengan hampa?

Man Gagak: Tadak dah cikgu. Kami berlima ja.

Usaha terakhir Man Gagak untuk menyelamatkan aku dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Mengikut perkiraanku sudah 5 orang sahabat yang berjaya ditangkap. Sonto, Man Gagak dan 3 orang sahabat yang lain. Kalau ikutkan hati hendak sahaja aku berjalan ke muka pintu bilik air. Mengintai apa yang sedang berlaku di luar sana tetapi kerana bimbang turut ditangkap oleh Warden Jembek, aku kekal bersembunyi di belakang pintu tandas.

Warden Jembek: Ooo hampa nak sangat mandi kolah ya. Hampa berlima ikut saya. Cepat!!!

Terdengar warden Jembek berjalan sambil dituruti 5 orang sahabatku.

Warden Jembek: Ha. Tunggu apa lagi? Berenang. Cepat berenang!!!

Terdengar beberapa libasan rotan dari warden Jembek. Kemudian aku terdengar bunyi seperti orang yang sedang berenang. Yang peliknya aku tidak mendengar sebarang bunyi percikan air. Bermacam-macam teori bermain di kepalaku. Belum pun sempat memikirkan punca Sonto tertangkap kini ditambah pula dengan hal ini.

Warden Jembek: Nak berenang sangat. Cepat berenang!!!

Kedengaran lagi seperti orang yang berenang tetapi bunyi percikan air tetap tidak kedengaran.

Sudah 5 minit berlalu dan sudah beberapa kali sahabat-sahabatku yang tertangkap dipaksa berenang. Akhirnya warden Jembek mengarahkan mereka untuk bangun.

Warden Jembek: Hampa pi angkat besi tu. Satgi saya mai kalau besi tu hampa tak pasang balik macam yang asai. Hampa berlima siap.

Warden Jembek menghidupkan enjin motorsikalnya. Perlahan-lahan dia meninggalkan kawasan kolah dan blok asrama.

Man Gagak : Woi keluaq la! Line dah clear! Mai tolong angkat besi ni.

Cepat-cepat aku berlari keluar dari tandas menuju pintu keluar bilik mandi. Dua misteri perlu dirungkaikan segera. Misteri Sonto Kantoi dan Misteri Gagak Berenang

No comments:

Related Posts with Thumbnails