Friday, October 15, 2010

Prabayar bukannya Prepaid

Pada zaman awal telefon bimbit diperkenalkan di negara ini, bukan sahaja model –model telefon bimbit yang mahal malahan starter pack / sim card juga mahal. Kehidupan aku sebagai mahasiswa yang tiada pendapatan bulanan membatalkan hasrat untuk memiliki telefon bimbit sehinggalah sisterm prepaid diperkenalkan.

Ketika mula diperkenalkan harga starter pack / sim card menjangkau RM 250. Suatu angka yang cukup besar kepada kebanyakkan mahasiswa. Model telefon ketika itu berharga sekitar RM 500 dan pelaburan sebanyak RM 750 diperlukan sekiranya aku berminat menggunakan telefon bimbit.

Disebabkan aku dan sahabat-sahabat serumah baru mendapat pinjaman JPA kami merujuk kepada Matusen @ Ma2sen mengenai perbezaan sistem postpaid dan prepaid. Ma2sen, sahabatku semenjak di sekolah menengah lagi memang pakar bab telefon bimbit, komputer, internet, sistem maklumat dan hal-hal seangkatan dengannya. Malahan bapanya antara orang terawal menggunakan sistem telefon mudah alih 010 (ATUR).

Aku, Butet, Miskam, Apeman, Imkas, Double, Jokar, Mark 1, YD, CD dan Smurf duduk mengeliling Ma2sen untuk mendengar penjelasannya tentang kedua-dua sistem postpaid dan prepaid. Menurut Ma2sen, sistem prepaid berdasarkan kaedah bayar dahulu baru guna sementara sistem postpaid guna dahulu baru bayar.

Dia memberi contoh seperti kita makan di KFC dan warung. Kalau kita makan di KFC, kita perlu bayar dahulu dan kita akan makan benda-benda yang telah dibayar. Berbeza jika makan di warung-warung, kita akan makan dulu, kalau kita rasa nak tambah apa-apa kita akan membuat pesanan tambahan. Kemudian kita akan bayar makanan yang dipesan pada awalnya beserta pesanan tambahan.

Nasihat Ma2sen kepada kami semua, lebih baik menggunakan sistem prepaid daripada sistem postpaid. Ini bagi mengawal penggunaan telefon dan mengelakkan kami daripada menjelaskan bil yang bertimbun-timbun. Puas hati kami mendengar penjelasan Ma2sen. Barulah kami faham akan kedua-dua sistem tersebut. Sessi soal jawap pun bermula tetapi terpaksa dihentikan kerana kehadiran Paipon yang baru balik dari kuliah.

Paipon: Hampa bincang pasai apa ni ? Dari luar aku dok dengar ‘prepaid’. Hampa nak pakai sistem ‘prepaid’ ka? Hampa jangan pakai ‘prepaid’ rugi. Lebih baik hampa guna ‘prabayar’.

Kami semua terdiam mendengar hujahan Paipon. Senyuman terukir di muka Ma2sen.

Ma2sen: Paipon. Hang bagitau aku apa beza ‘prepaid’ dengan ‘prabayar’?

Paipon: Aku pun tak tau. Member aku yang cakap macam tu.

Ma2sen: ‘Prepaid’ tu bahasa Inggeris, ‘Prabayar’ tu bahasa Melayu. Sama la. Aku tau la hang ni kerbau yang suka menyondol orang. Ala – ala kerbau Metador tapi kalau nak sondol tu pakai la helmet.

‘Kerbau’ adalah satu lagi nama gelaran yang diberikan kepada Paipon. Pengajaran bagi Paipon agar tidak menyerbu masuk ke dalam sesuatu perbincangan tanpa usul periksa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails