Entah apa sebabnya Paipon beria-ria benar hendak memasak untuk kami. Pagi-pagi lagi dia telah ke pasar untuk membeli sotong, sayur-sayuran dan barangan lain. Paipon, aku, Miskam, Imkas dan Double berkongsi wang untuk membeli barangan dan peralatan memasak. Housemate yang lain, ada yang pulang ke kampung, ada yang ke rumah saudara mara, rakan taulan di sekitar negeri Johor. Hari Sabtu seperti ini selalunya aku akan membasuh baju, bermain permainan komputer, menonton televisyen dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Paipon : Aku dah balik. Nanti kita masak sambai sotong dan sup sayuq. Hampa mai tolong aku tau.
Aku: Orait Paipon. Nanti aku tolong tengok dan tolong makan.
Paipon tersenyum lalu terus ke dapur menyimpan sotong dan sayur ke dalam peti sejuk sebelum ke biliknya. Aku masih menghadap komputer, bermain games ‘Diablo’ kepunyaan Smurf. Ini semua angkara Smurf kerana terlalu asyik melihatnya bermain games ‘Diablo’ aku pun ‘terjangkit’ sama.
Paipon: Oii Jin dah 2 jam hang menghadap komputer. Mai tolong aku masak. Dah pukui 10 lebih ni.
Aku: Aha. Hampa turun dulu satgi aku follow.
Paipon menuruni anak tangga sambil diteman Miskam, Imkas dan Double. Aku mematikan suis komputer dan mengekori mereka dari belakang.
Imkas : Aku nak tolong apa ni? Aku bukan tau masak.
Aku: 2 X 5 la dengan aku. Nak buat apa nih?
Paipon: Jin hang masak nasi. Masak nasi tu 2 kali takut tak cukup nanti. Imkas potong sayuq. Miskam tolong aku perisi sotong ni. Double hang pi main jauh-jauh. Badan hang besaq makan ruang dapuq ni. Hehehe.
Double: Ooo Paipon hang halau aku na. Tak pa aku ingat.
Paipon: Dak aih. Hang tolong aku masak satgi. Biaq depa buat kerja ni dulu. Rileks la Double jangan merajuk.
Selesai memasak nasi aku terus ke ruang tamu menemani Double menonton televisyen. Tak lama kemudian Imkas dan Miskam turut ke ruang tamu.
Miskam: Double, Paipon panggil. Giliran hang pulak tolong dia masak. Kalau rajin masak ayaq sekali. Boleh aku buat teh ‘o’ nanti.
Selepas hampir sejam di dapur, Paipon siap memasak sambal sotong dan sup sayur. Kami membantunya menghidang nasi, lauk pauk dan seteko air teh ‘o’. Imkas membaca doa makan dan kami menjamu selera. Sedap juga sambal sotong hasil tangan Paipon ni. Semua makan dengan lahap sekali terutamanya Double. Nasi dipinggannya telah ditambah untuk kali kedua. Kami telah menghabiskan makanan dalam pinggan masing-masing kecuali Double.
Double: Nasi dalam periuk tu aku perabih na. Takut membazir.
Imkas: Pergh bagusnya alasan ko Double. Hehehe.
Double ke dapur untuk mengambil saki baki nasi dalam periuk. Senyuman terukir di wajah Paipon.
Paipon: Macam mana masakan aku ni? Ok tak?
Aku: Sedap Paipon tapi kalau hang pakai duit hang sendiri tak payah collect dari kami lagi sedap.
Miskam: Sedap. Memang hang ada keturunan mamak pelukang nasi kandaq la.
Imkas: Sedap tapi ko jangan riak lebih lebih pulak. Ko ni bukan boleh dipuji.
Double datang dari dapur dengan sepinggan nasi lagi. Ini kali ketiga Double menambah nasi. Dia duduk di antara kami berempat dan menghabiskan kesemua sambal sotong dan sup sayur yang terhidang di depannya
Paipon: Wah sakan hang Double. 3 kali hang tambah nasi. Semua lauk hang perabih. Apa macam sempoi tak masakan aku ni?
Double: Tak sedap langsung.
Paipon: Hang biaq betui. Yang hang makan macam hantu raya ni takkan tak sedap.
Double: Aku sebenarnya makan ni kerana terpaksa. Nak jaga hati kawan-kawan. Hehehe.
Paipon: Piraaaaaah. Terpaksa konon. Aku bubuh racun dalam sambal sotong tu baru hang tau.
Double: Kalau hang bubuh racun bukan takat aku ja yang mati, habis semua kat sini arwah termasuk hang sekali.
Panas hati Paipon mendengar jawapan Double. Mereka berdua memang tak boleh berjumpa macam anjing dengan kucing atau peribahasa kami bagai kerbau naik minyak berjumpa tapir terlebih hormon testosterone.
Sewaktu Paipon menaiki anak tangga untuk ke biliknya, Double menunjukkan isyarat ibu jari kepadaku.
Double: Memang sedap sambai sotong Paipon ni. (Double memberitahu kami separuh berbisik)
No comments:
Post a Comment