Wednesday, October 20, 2010

Rokok

Tak Nak Merokok Bukannya Tak Nak Berhenti Merokok
Di sini aku ingin berkongsi pengetahuan kaedah - kaedah penyeludupan rokok masuk ke asrama. Semoga para warden. guru – guru disiplin, guru –guru, ibu bapa dan sesiapa sahaja dapat bersama – sama membantu mengatasi budaya merokok terutamanya dikalangan pelajar –pelajar. Kaedah-kaedah ini sering digunakan oleh pelajar – pelajar yang mendiami asrama untuk menyeludup masuk barang terlarang ini.

1. Sneak In – cara ini digunakan untuk membawa masuk rokok dalam kuantiti yang banyak. Biasanya pelajar asrama akan cuba memanjat / membolosi pagar sekolah. Waktu pilihan adalah di sebelah malam dan hari – hari yang dibenarkan balik atau ‘outing’. Pelajar yang ingin menyeludup masuk rokok tidak akan meninggalkan kad-kad outing / balik di bilik pengawal. Sekiranya kad ditinggalkan, bantuan rakan-rakan lain diperlukan agar kad outing/ balik diambil sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Ini bertujuan mengelabui mata warden dan guru-guru disiplin agar kawalan ke atas pagar sekolah tidak diperketatkan.

2. Ruang-Ruang Rahsia – sesetengah pelajar akan membuat ruang-ruang rahsia di baju, seluar, kasut, beg sekolah, peralatan sukan dan sebagainya untuk menyeludup rokok ke dalam kawasan sekolah. Walau bagaimanapun cara ini tidak disukai kerana barangan terlarang berada di tubuh pelajar. Susah untuk berhujah dengan para warden sekiranya tertangkap.

3. Makanan Ringan, kotak dan tin minuman – Kotak rokok akan di masukkan ke dalam plastik makanan ringan yang telah dibuka. Pelajar akan masuk ke dalam sekolah sambil menikmati makanan ringan. Cara ini jarang diperhatikan oleh para warden. Sekiranya pelajar berasa dirinya diperhatikan, makanan ringan tersebut akan dibuang ke tong sampah. Mereka akan kembali ke tong sampah tersebut pada sebelah malam untuk mengambil kotak rokok. Cara yang sama digunakan untuk tin dan kotak minuman. Tin dan kotak minuman yang kosong akan diisi dengan kotak rokok. Selalunya bahagaian bawah tin dan kotak minuman akan dibuka bagi membolehkan kotak rokok disorok.

4. Rokok Layang – Apabila menghampiri kawasan sekolah, pelajar-pelajar berkenaan akan membaling masuk kotak rokok ke dalam pagar sekolah. Pada ketika yang dirasakan selamat, mereka akan kembali ke lokasi tadi untuk memunggut kotak rokok yang kini telah berada di dalam kawasan sekolah. Walau bagaimanapun cara ini kurang menjadi pilihan kerana bimbang kotak rokok itu diambil pelajar lain.

No comments:

Related Posts with Thumbnails