Zamrud, Nilam, Delima dan Mutiara |
Setiap rumah mempunyai cara hukuman yang tersendiri. Rumah seksaan Mutiara lebih gemar menggunakan cara ‘Mind Touture’ berbanding hukuman fizikal. Manakala rumah seksaan Zamrud, Delima dan Nilam lebih tertarik menggunakan hukuman secara fizikal. Hukuman seperti ‘pumping’, ketuk ketampi, ‘helikopter’ dan sebagainya selalu dikenakan kepada pelajar junior yang bermasalah.
Antara kesemua rumah-rumah seksaan, rumah Nilam paling menonjol kerana cara yang digunakan begitu unik dan kreatif. Keunikan rumah Nilam ini menjadi buah mulut pelajar junior mahupun dikalangan kami sendiri. Malahan pernah terjadi pelajar-pelajar junior yang merayu kepadaku agar mereka tidak dihantar ke rumah Nilam. Walau bagaimanapun meneruskan tradisi yang kami persetujui 4 tahun lepas, setiap pelajar bermasalah akan dihantar ke setiap rumah seksaan mengikut turutan.
Suatu petang aku ke rumah Nilam untuk berjumpa rakan sekelasku Albuya. Albuya merupakan pemuka dan ikon rumah Nilam. Ketika sampai di biliknya, Albuya sedang memberi ‘ceramah’ kepada pelajar junior yang bermasalah di bilik sebelah. Malas hendak menganggu ‘ceramah’ yang sedang disampaikan aku terus ke katil Albuya.
Hasratku untuk berbaring di katil Albuya terbantut apabila melihat 2 orang pelajar junior sedang berdiri di kiri dan kanan katilnya sambil memegang pintu almari kayu yang telah ditanggalkan. Pada fikiranku tentu pelajar-pelajar junior ini telah merosakkan pintu almari masing-masing dan bakal berdepan dengan hukuman dari Albuya. Harap-harap Albuya tidak mengetuk kepala mereka berdua dengan menggunakan pintu almari yang berukuran 3 kaki panjang 3 kaki lebar dan seberat 1 kilogram itu.
Aku terus ke katil Mid2 yang juga merupakan rakan sekelasku dan menanyakan perkembangan usahanya memikat awek junior. Sedang kami leka berbual, Albuya kembali ke katil dan duduk seperti maharaja lagaknya. Serentak dengan itu, kedua-dua pelajar junior terus mengangkat pintu almari dan mengipas –gipas Albuya tak ubah seperti dayang-dayang istana.
Aku ketawa besar melihat kejadian ini hingga menyebabkan aku lupa tujuan asal ke rumah Nilam. Albuya terpingga -pinga melihat keadaanku.
Albuya: Pasai apa wei? Pasai apa?
Aku : Mai sat ‘kipas’ tu.
Aku meminta pintu almari dari pelajar junior dan cuba mengipas-gipas Albuya sambil ketawa.
Aku: Beratnya. Masak la hampa hari ni. Nah ambik balik. Teruskan usaha mengipas Albuya.
Albuya: Hang mai nak jumpa aku ka? Pasai apa wei?
Aku: Aku pun dah tak ingat. Lupa teruih bila tengok ‘dayang-dayang’ hang ni. Malam nanti kita sembang lain.
Aku meninggalkan rumah Nilam dalam keadaan ketawa. Memang betul buah bicara orang, pemuka-pemuka rumah Nilam memang kreatif.
No comments:
Post a Comment