Tidak dapat dipastikan perasaan orang lain tetapi bagi aku, pengetahuan tentang ilmu agama sudah mencukupi sehinggalah aku mengikuti kuliah – kuliah maghrib di surau. Barulah kutahu banyak lagi ilmu agama yang tidak diketahui. Makin mengikuti kuliah makin terasa betapa ceteknya ilmu agamaku berbanding ilmu agama yang sepatutnya diketahui sebagai seorang Muslim. Patutlah dikatakan oleh ulama-ulama terdahulu, ilmu orang awam hanya sekadar di persisiran pantai sedangkan ilmu para nabi seperti di lautan dalam.
Tak pernah aku ketahui bahawa manusia akan berbaris seperti saf-saf ketika solat untuk memasuki syurga. Sangkaanku manusia akan berbaris panjang seperti orang-orang yang menunggu bas atau sewaktu menunggu giliran untuk mengambil nasi di restoran nasi kandar.
Tak pernah aku ketahui bahawa manusia akan berbaris seperti saf-saf ketika solat untuk memasuki syurga. Sangkaanku manusia akan berbaris panjang seperti orang-orang yang menunggu bas atau sewaktu menunggu giliran untuk mengambil nasi di restoran nasi kandar.
Antara perkara-perkara yang baru kuketahui:
1) Manusia akan berbaris-baris seperti saf-saf ketika solat untuk memasuki syurga.
2) Panjang 1 saf adalah dari Timur hingga ke Barat Dunia Akhirat (bukannya sepanjang dari Timur Ke Barat Bumi ini)
3) Hanya terdapat 120 saf manusia yang akan memasuki syurga Allah SWT.
4) Umat Nabi Muhammad SAW akan diperuntukkan 80 saf.
5) Umat nabi-nabi lain akan diperuntukkan sebanyak 40 saf.
6) Orang – orang di saf pertama adalah orang yang lebih baik berbanding orang-orang di saf kedua. Manakala orang-orang disaf kedua lebih baik dari orang-orang disaf ketiga dan begitulah seterusnya.
7) Sesiapa yang tidak berada didalam saf ini akan dimasukkan ke neraka kemudian selepas diseksa bagi menebus kesalahan masing-masing, barulah dimasukkan ke dalam syurga tertakluk kepada perkenan / keizinan Allah SWT.
Kepada para pembaca blog dan posting ini, diseru agar tuan / puan mengikuti kuliah – kuliah di surau atau masjid – masjid berdekatan. Malahan di internet ini terdapat pelbagai ceramah agama dari pendakwah-pendakwah / ulama –ulama/ ustaz – ustaz yang diiktiraf yang boleh didownload demi untuk meningkatkan kefahaman kita kepada agama Islam tercinta. Waallahualam.
No comments:
Post a Comment