Sunday, September 26, 2010

Panggilan Dari Arwah

Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan aku memilih untuk belajar subjek komputer di Parit Buntar. Ada sahabat – sahabat yang yang belajar bahasa Inggeris di British Council di bahagian pulau Pulau Pinang dan ada juga yang bekerja di kilang-kilang dan pasaraya – pasaraya.

Rutin harianku selepas SPM, menaiki basikal ke Pekan Nibong Tebal kemudian menaiki bas ke Parit Buntar. Nasib baik pusat komputer terletak betul-betul di hadapan terminal bas tidaklah jauh sangat untuk kaki menapak.

Kelas komputer habis sekitar waktu tengah hari dan aku akan terus pulang ke rumah. Baru sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, emak memberitahu ada sahabat yang menelefonku. Aku yang keletihan tidak berusaha untuk mencari siapa pemangil tersebut. Selepas makan tengah hari dan bersolat zohor, sekali lagi aku berbasikal ke kedai buku di tengah pekan.

Sekembali di rumah, sekali lagi sahabat tadi menelefonku ketika aku keluar ke pekan. Emak yang sibuk dengan kerja – kerja di rumah terlupa untuk menanyakan nama pemanggil. Aku mengambil keputusan untuk menelefon sahabat-sahabat yang selalu menghubungiku tetapi gagal mengesan pemanggil berkenaan.

Sekitar waktu maghrib telefon rumah berdering lagi. Aku menjawap panggilan dan mendapati sahabatku Giggs berada dihujung talian. Rupa-rupanya dialah yang menelefon aku sejak pagi lagi.

Giggs: Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Jien?

Aku: Waalaikumusalam. Jien la ni. Sapa tu?

Giggs: Wei. Ni aku ni Giggs. Aku ada masalah besaq ni?

Aku: Ha Giggs. Masalah apa pulak?

Giggs: Pihak sekolah buat tahlil dan bacaan Yasin untuk aku.

Aku: Awat Giggs hang sakit apa?

Giggs: Sakit apa pulak. Aku sihat ni. Depa ingat aku dah mati accident.

Aku: La macam mana boleh jadi lagu tu pulak?

Giggs: Ni kat tempat aku ni ada budak sebaya kita, accident motor terus meninggal. Nama dia pulak lebih kurang nama aku. Entah mangkuk ayun mana pi telefon sekolah bagitau bekas pelajar depa meninggal nama sekian-sekian. Apa lagi depa ingat aku la, terus depa buat tahlil dan bacaan yasin. Aku ni pun baru tau sebab kawan mak aku telefon ucap takziah atas kematian aku. Bila mak aku tanya dia tau kat mana, dia bagitau ada orang kat sekolah yang bagitau dia.Lani aku nak buat macama mana ni? Aku hidup lagi.

Aku: Ala benda kecik ja ni. Esok pagi hang telefon pejabat sekolah dan hang bagitau macam ni. Assalamualaikum. Saya la arwah Giggs. Terima kasih sebab buat tahlil dan baca Yasin kat saya. Semuanya sampai kat saya. Lega saya dan selesa kubur saya ni. Terima kasih banyak-banyak ya.

Giggs: Hahaha! Mau gempaq satu sekolah. Terima panggilan dari arwah. Demam tak kebah sapa yang angkat telefon tu. Esok aku call depa la bagitau yang aku tak mati lagi. Takpa la woii. Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumussalam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails