Sunday, September 19, 2010

Penang Bird Park

Depan Pintu Masuk
 
Statue?
Pada hari kelepasan umum sempena Hari Pembentukan Malaysia yang lepas, aku dan isteri tercinta membawa anak – anak kesayangan ke Taman Burung Pulau Pinang. Memang lama kami memasang niat untuk ke sana tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kesuntukkan masa, cuaca dan sebagainya
Permata Hati
Selepas menjamu selera dan bersolat di masjid, kami ke Taman Burung Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya. Bayaran yang dikenakan RM 15 bagi dewasa dan RM 7.50 bagi kanak – kanak. Hanisah dan Hakim begitu seronok melihat, memberi makan dan bergambar dengan pelbagai spesis burung. Malahan terdapat juga haiwan-haiwan lain seperti buaya, kura-kura, arnab dan pelbagai lagi spesies haiwan.











Over La Pulak
Cantik burung - burung merak di dalam taman ni tetapi sayang berada dalam kurungan. Kalaulah pengunjung dibenarkan masuk dan berinteraksi dengan burung - burung merak mesti lagi menarik seperti di Taman Buaya, Melaka.
Zaman Sekarang Ulat Buah Pun Ada Harga
Ulat - ulat buah ini boleh dibeli dengan harga RM 1.00. Kalau hendak jimat lagi bolehlah bawa sendiri dari rumah.











Cacing dicita ulat buah mendatang

Nak Kuaci?
 Burung-burung kakak tua ini boleh disentuh dan diambil gambar tanpa dikenakan bayaran. Pengunjung juga boleh memberikan mereka makan kuaci. Burung kakak tua ini jinak dan amat suka makan kuaci dalam tangan pengunjung.














Pose Istimewa

No comments:

Related Posts with Thumbnails