Aku menjejaki semula surau pada 13 Syawal 1431 untuk mengikuti kuliah Maghrib. Tuan Ustaz yang dihormati dengan bacaan hadis dan penerangan tentang manusia – manusia pertama yang masuk ke neraka. Yang mula – mula memasuki neraka adalah pemimpin yang zalim, orang yang tidak mengeluarkan zakat dan orang fakir yang sombong.
Pemimpin Yang Zalim ; sekali imbas mindaku lebih tertumpu kepada pemimpin negara dan masyarakat tetapi Tuan Ustaz membetulkan definasi .
Pemimpin : suami, bapa, pengerusi persatuan/ kelab, penyelia, ketua unit, ketua bahagian, ketua jabatan, ketua kampung, tuan-tuan Imam, pemimpin setempat, negeri mahupun negara dsb.
Alamak!!! Kalau itulah definasi pemimpin maka ramai yang termasuk dalam kategori pemimpin termasuk aku kerana aku seorang suami dan bapa.
Pemimpin Yang zalim merupakan mereka yang tidak membawa orang –orang bawahan/ penyokong/ orang yang dipertanggungjawapkan ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Maka contoh diberikan dari sekecil-kecil seperti menjaga anak isteri hinggalah sebesar-besar seperti pentadbiran sesebuah negara.
Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat; orang yang telah diberikan nikmat harta benda oleh Allah SWT tetapi bakhil dalam menunaikan hak Allah.
Orang Fakir Yang Sombong; orang miskin yang serba kekurangan tetapi masih tidak mahu ke jalan yang diredhai Allah SWT malahan secara terang-terangan menentang hukum-hukum Allah SWT.
Bila difikir-fikir balik:
1) Pemimpin Yang Zalim telah dilebihkan oleh Allah SWT dengan nikmat kepimpinan. Didunia dia disanjung-sanjung, dipuja, diberi keistimewaan dan sebagainya. Mudah bagi dia untuk melakukan apa sahaja; semua ditanggung dan ditaja maka tidaklah menghairankan sangat sekiranya kedudukannya sebagai manusia yang mula-mula ke neraka.
2) Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat walaupun harta bertimbun-timbun, kedudukkan yang tinggi dimata masyarakat dan menikmati kemewahan yang tidak dikecapi dan diimpikan masyarakat umum. Memang layaklah dia menjadi di antara orang yang mula-mula masuk neraka.
3) Orang Fakir Yang Sombong; orang yang tidak dilimpahi nikmat kekayaan dan harta benda malahan tidak mengecapi nikmat-nikmat yang biasanya dinikmati oleh masyarakat umum tetapi masih angkuh kepada Allah SWT. Kasihan sungguh golongan ini sudahlah nikmat di dunia tidak dikecapi, nikmat syurgapun jauh sekali. Golongan inilah yang paling rugi, dari antara ke tiga-tiga golangan manusia yang mula – mula ke neraka. Waallahuaalam.
No comments:
Post a Comment