Seperti yang dipersetujui bersama, semua pelajar Form 2 tidak akan menyambung ‘kontrak sosial’. Apabila pelajar –pelajar senior mengarahkan kami untuk melakukan sebarang kerja, maka kami akan menuding jari kepada pelajar-pelajar tingkatan 1. Akibatnya seperti yang dijangkakan, ramai di antara kami yang terpaksa menerima hukuman.
Aku sendiri pernah dilayangkan penumbuk sulong di bahagian perut kerana mempertikaikan arahan seorang pelajar senior. Perit dan sakitnya, Allah SWT sahajalah yang tahu. Dalam keadaan sakit tersebut keluar kalam yang aku tunggu-tunggu selama ini dari mulut pelajar senior bekenaan.
Katanya “Aku bagi arahan dekat hang. Terpulanglah hang nak suruh sapapun buat kerja ni. Kalau ada sapa-sapa yang tak puas hati, suruh depa jumpa aku. Pelajar form apa sekalipun, suruh depa mai jumpa aku kalau depa berani!”.
Tiba-tiba rasa sakit dan pedih semua hilang. Kalau ikutkan hati nak sahaja aku melompat kegembiraan tetapi memandangkan keadaan ketika itu agak tegang dan tidak mahu tindakan aku disalah anggap sebagai ‘derhaka’.
Hatiku gembira teramat sangat kerana hasilnya amat lumayan. Aku telah memperolehi lesen besar. Selepas ini aku boleh mengarahkan pelajar junior untuk melakukan kerja kerja yang diberikan oleh pelajar senior. Tambahan pula lesen besar ini diberikan oleh seorang pelajar paling ‘wibawa’ dan ‘berkarisma’. Aku yakin 100% tiada mana –mana pelajar junior mahupun senior yang berani berdepan dengannya.
Secara tidak langsung aku telahpun menurunkan ‘kontrak sosial’ kepada pelajar-pelajar junior. Malahan ada para sahabat yang menumpang lesen besarku ini untuk mengarahkan pelajar-pelajar junior melaksanakan kerja – kerja yang diberikan kepada mereka. Tidak kisahlah kalau kerja-kerja itu diberikan oleh pelajar senior lain tetapi nama pelajar senior ‘wibawa dan berkarisma’ itulah yang aku akan digunakan. Lesen yang cukup besar bagi menangani tindakan pengawas dan abang-abang angkat pelajar tingkatan 1.
No comments:
Post a Comment