Thursday, September 23, 2010

Kamera Saudagar Kain

Shah Saudagar Kain, rakan setugas dan sahabat baik menyatakan hasratnya hendak membeli kamera digital. Setelah berbincang dan melayari internet, Shah telah menetapkan kriteria – kriteria kamera digital yang akan dibelinya. Pada hujung minggu ini, Shah akan membeli kamera digital.

Pada hari Isnin hari pertama di pejabat, aku mencari Shah untuk melihat kamera digitalnya yang baru dibeli. Shah Saudagar Kain mempamerkan kamera digital baru miliknya. Aku bertanya sebab utama dia memilih kamera digital itu maklumlah harganya hampir mencecah RM 4 Ribu.
Adakah kerana jenama kamera tersebut?

Adakah kerana Megapixel dan kualiti gambarnya?

Ataupun kerana storage digital kamera tersebut?

Maka Shah Saudagar Kain menjelaskan bahawa kamera digital itu dibeli kerana sikap towkey kedai kamera yang acuh tak acuh melayannya.

“Bila aku tanya pasai kamera ni dia buat dek je. Buat-buat macam malas nak layan. Aku beli bayar cash lagi. Baru dia tau. Ingat aku tadak duit ka”

Wah!!! Betul-betul punya saudagar ni. Kalau towkey tu layan betui- betui, mau dia beli dengan kedai-kedai sekali. Silap-silap towkey tu pun kena kerja makan gaji dengan Shah Saudagar Kain. Semoga bisnes Shah Saudagar Kain terus berkembang, menguntungkan dan berkat. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails