Monday, September 13, 2010

Red Queen


Ramai dikalangan kaum kerabat, sahabat handai, jiran-jiran dan masyarakat umum amat suka serta berminat menjadi hakim. Jika diperhatikan, mereka amat suka membuat keputusan, menghukum seseorang hanya berdasarkan cerita / maklumat yang diberikan oleh sebelah pihak sahaja.
Sepatutnya seorang hakim hendaklah mendengar dari kedua-dua pihak yang berbalah sebelum membuat keputusan. “There two sides to every story”. Mungkin mereka tidak pernah mendengar perumpamaan ini tetapi kebanyakkan pasti pernah mendengar hadis Rasullullah yang menyatakan 2 dari 3 orang hakim akan ke Neraka. Hanya seorang sahaja daripada mereka akan dibawa ke syurga.

Sewaktu menemani anak-anak menonton cerita ‘Alice In Wonderland’ arahan Tim Burton, lakonan Mia Wasikowska, Johnny Depp, Helena Bonham Carter dan Anne Hathaway aku begitu berminat melihat watak Red Queen. Watak Red Queen yang dibawa oleh Helena Bonham Carter bagiku amat tepat mengambarkan sikap sebilangan manusia yang terlalu cepat menjatuhi hukuman pada seseorang tanpa terlebih dahulu berusaha mendapatkan maklumat yang tepat dari kedua-dua sumber.

‘Off with his / her head’ dialog yang selalu digunakan oleh Red Queen dalam menjatuhkan hukuman kepada sesiapa sahaja yang menentangnya atau dimaklumkan akan menentangnya.

Selepas menonton cerita ‘Alice In Wonderland’ apabila berdepan dengan manusia-manusia seperti Red Queen ini, mindaku mula membayangkan wajah manusia berkepala besar, berambut merah dan bermake up tebal. Aku juga menanti-nanti mereka menyebut dialog kegemaran Red Queen,

Off with his head

Off with her head

No comments:

Related Posts with Thumbnails