Wednesday, September 15, 2010

Otak-otak



Aku melanjutkan pelajaranku di sebuah IPTA di Johor Bahru. Disertai dengan lebih kurang 12 orang sahabatku dari sekolah menengah. Masing-masing memilih jurusan mengikut minat dan kelulusan.

Ramai juga dari kalangan sahabatku yang lain melanjutkkan pelajar di IPTA-IPTA di seluruh negara bahkan ada yang sampai keluar negara. Seorang sahabat yang menuntut di IPTA di kawasan sekitar Kuala Lumpur datang melawatku.
Disebabkan sahabat-sahabatku yang lain pulang bercuti , aku membuat keputusan untuk membawanya ke warung-warung makan di Pantai Lido. Sahabatku yang dipanggil Diko ini, memesan nasi goreng untuk menjamu selera. Kami berbual tentang keadaan masing-masing dan mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa berada di sekolah menengah.

Sedang kami asyik bercerita sambil bergelak ketawa, datanglah seorang pelayan meletakkan sepinggan otak-otak di atas meja kami. Memang sudah menjadi kebiasan untuk peniaga otak-otak meletakkan otak-otak di atas meja pelanggan. Sekiranya berminat, pelanggan bolehlah menikmati otak-otak tersebut dan bayaran akan dikena berdasarkan bilangan otak-otak yang dimakan. Pinggan berisi otak-otak akan diambil semula jika pelanggan tidak berminat untuk menikmatinya.

“Woi!!! Apa ni? Aku tak order menatang ni. Aku order nasi goreng. Menatang apa ni?”, jerit Diko kepada pelayan tadi.

Pelayan tadi terpingga-pingga sambil melihat aku dan Diko. Aku meminta pelayan meletakkan otak-otak di atas meja sambil menahan ketawa. Selepas pelayan itu berlalu pergi aku mula ketawa berdekah-dekah.

“Diko ! Hang ni buat malu aku la. Otak-otak tu dia letak atas meja. Kalau hang nak makan, makan. Kalau tak mau pun tak pa. Biar saja kat situ nanti dia ambik balik. Nasi goreng hang depa tengah dok buat la tu”, jelasku kepada Diko.

“Laaa mana aku tauuuu. Aku ingat dia salah hantar order tadi”, jawap Diko yang turut tertawa mengenangkan tingkah lakunya sebentar tadi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails