‘Arghhh Tension’ itulah luahan hati sahabat-sahabatku ketika selesai peperiksaan kertas Kimia. Sasaran pencapaianku untuk subjek Kimia peperiksaan SPM terpaksa direndahkan dari A2 kepada C3 atau C4.
Bagi menghilangkan perasan tension, kami berpakat untuk mandi kolah pada petang ini.
Bagi menghilangkan perasan tension, kami berpakat untuk mandi kolah pada petang ini.
Kolah berukuran 15 kaki X 15 Kaki dan terdapat besi penghadang seberat 30kg untuk mengelakkannya dari menjadi kolam renang. Menggunakan kudrat yang ada, kami mengangkat besi penghadang besi walaupun tahu ia merupakan 1 kesalahan. Paipon, Pulon, Mid2, Kundoq, Ayam, Cher, Sonto, Man Gagak, Chasqo, Cher, Sherod, Pirus, Hulk, Peral dan Berg antara para sahabat yang berusaha gigih mengangkat besi penghadang.
Kami berendam beramai-ramai di dalam kolah. Rasa tension sedikit sebanyak hilang dari fikiran kami. Riuh rendah jadinya apabila masing-masing mempamerkan kemahiran berenang dan menyelam. Memandangkan hanya kami pelajar tingkatan 5 sahaja berada di asrama sedangkan pelajar-pelajar lain telah pulang bercuti sememangnya di asrama hanya kedengaran suara kami. Tetapi sebelum besi penghadang diangkat, kami memastikan terlebih dahulu yang para warden tiada dikuarters masing-maising.
Hampir sejam kami mandi –manda dan berseronok bermain air. Sahabatku Sonto membawa masuk baldi ke dalam kolah. Bila ditanya tujuannya, beliau hanya tersenyum. "Suatu eksperimen kimia bakal dijalankan”, ujarnya kepada aku.
Pulon dengan mata yang merah akibat terlalu lama menyelam di dalam air, keluar dari kolah untuk mengambil tualanya di penyidai.
“Jembek!!!! Lari!!!!” , jerit Pulon kepada kami semua yang sedang berada di dalam kolah.
Jembek merupakan nama gelaran kepada salah seorang warden asrama. Dengan sepantas kilat, aku dan para sahabat melompat keluar dari kolah. Aku sempat menjeling ke arah kolah sebelum melarikan diri untuk menyorok ke tandas asrama. Semuanya berjaya melarikan diri hanya baldi Sonto sahaja yang tertinggal di dalam kolah. “Ahhh. Baldi tu boleh ambil balik’, bisik hati kecilku.
Masalah besi penghadang itupun akan diselesaikan kemudian. Paling penting, jangan ada sesiapa yang tertangkap ‘red handed’ oleh warden Jembek. Sekiranya ditanya siapakah pelakunya, kami beramai-ramai akan jawab tidak tahu. Biar pecah diperut tapi bukan dimulut. Prinsip yang menjadi pegangan kami semenjak dari tingkatan 1 lagi.
Kedengaran bunyi motorsikal Warden Jembek semakin menghampiri kawasan kolah.
“Sapa punya kerja ni?”, jerit Warden Jembek. Aku yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas tersenyum. Pintu tandas sengaja dibuka luas-luas seolah tiada sesiapa di dalamnya. Taktik yang selalu aku praktikkan dalam usaha melarikan diri dari tangkapan para warden.
“Hai Jembek. Sampai mati hang cari tentu tak jumpa punyalah,” aku berbicara perlahan sendirian.
“Ha. Hang buat apa dalam kolah tu? Keluaq!!! Sapa yang angkat besi ni?" jerkah Warden Jembek.
Aku berasa amat hairan. Dengan siapa pula Warden Jembek berbicara. Seingat aku kesemua para sahabat telah berjaya melarikan diri.
“ Saya mandi cikgu. Saya mandi sorang sorang. Besi ni saya yang angkat”, terdengar suara yang sangat familiar bagiku. Suara sahabat sekelasku, Si Sonto. Alamak...
1 comment:
hahahhahaa.. teringat cerita ni. walaupun aku tak de dalam nama2 ni.. hehe
Post a Comment